Wow pasti ramai yang teruja bila mendengar pelakon dan penyanyi, Janna Nick akan tampil dengan dua single terbaru iaitu solo dan duet bersama pelakon, Alvin Chong.

Janna Nick, Alvin Chong Bakal Berduet

Malah, Janna mengakui tidak sabar mahu menantikan reaksi pendengar terhadap single terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Janna Nick, Alvin Chong Bakal Berduet

IKLAN

“Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

Menurut Janna kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.

Janna Nick, Alvin Chong Bakal Berduet

IKLAN

“Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini.

 

“Cumanya buat masa sekarang judul untuk lagu tersebut belum ada lagi dan lagu solo kedua saya itu mendapat sentuhan daripada penyanyi Hael Husaini,” katanya.

Baru- baru ini juga aktres itu dimasukkan ke hospital kerana telah mengalami demam sebelum dirujuk ke hospital dan disahkan terkena jangkitan paru-paru.

BACA JUGA> Jangkitan Paru-Paru, Janna Nick Dimasukkan Ke Hospital

IKLAN

Perkembangan lain, drama bersiri 60 episod Janna bersama pelakon Indonesia, Irwansyah kini sedang hangat bersiaran di tv3 berjudul DIA.

Menariknya drama ini merupakan arahan saudara Eoon Shuhaini di bawah terbitan OrangeTree Production Sdn. Bhd, manakala di negara jiran pula, pengarahan drama ini dilakukan oleh sutradara Omar Olly Alaydrus dari Limelight Pictures.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI