Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida mengakui tidak mahu menjalin hubungan dengan suami orang. Katanya, adalah lebih baik untuknya beri fokus pada bisnes, daripada memikirkan hal remeh-temeh khususnya soal cinta.

“Saya rimas dengan lelaki dari entah mana-mana yang mahu berkenalan. Kalau boleh, saya mahu lelaki yang boleh beli 15 handbag sekali gus. Ada ke?”

 

“Yang penting, isteri di luar sana, anda tak perlu risau sebab saya memang tidak berminat dengan mana-mana suami orang,” akui Vida jujur. 

 

“Tak perlu nak cintan-cintun pun. Cukuplah sekadar saya dapat temui lelaki yang boleh menjadi sahabat, waktu susah dan senang,insya-ALLAH,” jelasnya sejurus ditemui di majlis pelancaran Tonton di Brunei. 

Janji Datuk Vida, Para Isteri Tak Perlu Bimbang, Dia Tak Minat Suami Orang!

Sebagai Ratu of Tonton, pengusaha kecantikan yang kini viral dengan single I Am Me turut merancang mahu mempunyai program sendiri di portal popular itu. 

IKLAN

Terdahulu, portal dan aplikasi penstriman tersebut kini telah melebarkan sayap ke Brunei Darussalam Sabtu lalu dalam satu majlis pelancaran yang telah dilangsungkan di Amphitheater, Jerudong Park.

Kerjasama itu melibatkan Tonton dengan syarikat telekomunikasi Brunei iaitu DST yang menawarkan akses eksklusif siaran langsung dan drama terkini enam bulan sebelum siaran TV.

IKLAN

Sementara itu, Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima, Airin Zainul, berkata pemilihan Brunei adalah suatu pilihan tepat, memandangkan pola tontonan hampir sama dengan pengguna di Malaysia. 

Janji Datuk Vida, Para Isteri Tak Perlu Bimbang, Dia Tak Minat Suami Orang!

IKLAN

“Sebelum ini, kami sudah pun lakukan kerjasama bersama Singapura dan kali ini, Brunei menjadi pilihan seterusnya. Persamaan di antara Malaysia dan Brunei banyak persamaan. 

 

“Menerusi kerjasama ini, harapnya jalinan ini mampu meningkatkan jumlah pelanggan Tonton secara langsung,” katanya. 

Selain Datuk Seri Vida, turut sama hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah wajah Tonton, Ayda Jebat dan Redza Rosli bersama wakil DST.

Teks Oleh: Rafiq Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI