Rasanya tak perlu lagi untuk MH memperkenalkan nama pelakon wanita, Sharifah Sakinah ini kerana sudah pasti semua orang mengenali pelakon yang sering membuat kita tidak kering gusi melihat perangainya yang slumber dan lucu.

Beberapa bulan lalu sebuah drama Girlfriend Aku Dari Neraka telah disiarkan di televisyen dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Dalam drama itu Sakinah merupakan salah seorang pelakon utama yang memegang watak seorang bimbo atau menurut kamus generasi baru, wanita cantik yang kurang matang.

Tak dapat dinafikan, Sakinah memang seorang pelakon yang hebat kerana watak bimbo yang dibawa olehnya itu sangat menjadi.

IKLAN

Walau bagaimanapun, Sakinah berharap agar tiada pihak yang melabel dirinya sebagai bimbo kerana dia hanya melakonkan watak tersebut untuk menjayakan drama arahan Dira Abu Zahar itu sahaja.

Mungkin disebabkan perangainya yang slumber dan lucu membuatkan segelintir pihak menganggap di luar drama Sakinah memang seorang bimbo dan disebabkan itu dia menegaskan yang watak tersebut hanya lakonan semata-mata dan dia bukan bimbo!

IKLAN

“Jangan panggil saya bimbo. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian,” kata Sakinah dengan tegas kepada Kosmo Online.

Tegas Sakinah lagi, fungsi dirinya di dalam dunia hiburan bukanlah hanya untuk watak bimbo sahaja.

IKLAN

“Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu,” tegasnya lagi.

Tapi Sakinah sendiri mengakui dia tidak dapat lari daripada membawakan watak berunsur komedi.

Terbaru Sakinah kini sedang sibuk di set penggambaran untuk drama Suamiku Mat Pian yang akan bergandingan dengan Along Raja Lawak dan Mark Adam.

Sumber: Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI