Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Anak kepada penyanyi Saleem Iklim, Nursyafiq Farhain berharap agar orang ramai menghentikan cerita-cerita palsu terhadap kesihatan bapanya yang kini terlantar di hospital.

Menerusi Facebooknya, Nursyafiq berharap orang ramai menghentikan cerita yang tidak betul sebaliknya mendoakan perkara yang baik.

“Doakan yang baik-baik, cakap yang baik-baik kerana kata-kata itu doa.

 

“Jangan cakap benda yang tak betul kerana ia menjadi fitnah dan sia-sia bercakap tapi dapat dosa fitnah, sebaiknya diam,” tulisnya.

Sebelum ini, terdapat laporan palsu dan tuduhan liar mengatakan penyanyi lagenda itu telah meninggal dunia dan mengatakan penyakit yang dialaminya berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.

Saleem Iklim kini ditempatkan di bawah jagaan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman.

Penyanyi itu mempunyai ketumbuhan di bahagian bawah perut sebelum ia merebak dan menyebabkan kesihatan penyanyi itu terjejas.

Dalam pada itu, Nursyafiq turut berharap agar bapanya itu cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan.

“Sama-sama kita doakan beliau semoga cepat sembuh dan dapat mengharumkan lagi industri muzik tanah air,” katanya.

Nursyafiq yang kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas suaranya iras Saleem yang juga bapanya.

Sumber: Sinar Harian
Teks: Wartawan Sinar Harian

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: