Orang kata dari mata turun ke hati tapi ada juga yang dari senyuman melekat di hati.

Baru sahaja bergelar isteri kepada pelawak terkenal, Abam Bocey, Siti Norhidayah mengakui senyuman Abam telah berjaya memikat dan membuka hatinya untuk berkenalan lebih rapat dengan pelawak popular ini.

Menerusi satu sumber, Hidayah berkata dia mula mengenali Abam menerusi laman Facebook.

IKLAN

“Saya kenal Abam di FB dan kami berkawan biasa dan saya sendiri tidak sangka dia akan bergelar artis seperti hari ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Katanya lagi, mereka tidak keluar ‘dating’ cuma berhubung melalui Facebook dan telefon sahaja dan Hidayah juga berkata pertama kali mereka berjumpa adalah ketika Abam menyertai pertandingan Raja Lawak 6.

Dalam pada itu Hidayah berkata, dia tahu ada yang berkata negatif mengenai dirinya di media sosial namun dia tidak mahu mengendahkan setiap kritikan netizen.

IKLAN

“Abam ada pesan, kalau tengok media sosial, tak payah baca komen sebab nanti sakit hati.
 
“Tak apalah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia kita tak boleh nak ‘control’. Apa-apa pun saya tak simpan dalam hati,” ujarnya.

MH harap Hidayah dapat bersabar dengan kerenah netizen yang memang menjadi lumrah mereka untuk sentiasa menilai diri seseorang.

Apapun MH doakan semoga perkahwinan Abam dan Hidayah sentiasa diberkati dan berkekalan hingga ke syurga.

IKLAN

Terdahulu, Abam dan Hidayah telah selamat bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz pada 8 Disember lalu.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI