Berita gembira buat semua yang tercari-cari apakah status dan jantina sebenar jutawan kosmetik Nur Sajat kerana baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memperjelaskan akan mengesahkan janitanya dalam tempoh terdekat.

Melalui status di Facebook Jakim, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata pihak Sajat dan Jakim bersetuju untuk melakukan beberapa proses oleh Sajat untuk mengesahkan identitinya secara rasmi.

Jakim Sahkan Akan Lakukan Proses Pengesahan Jantina Nur Sajat, Ambil Masa Minima Sebulan

IKLAN

Tambahnya, proses ini mungkin mengambil masa yang lama kerana melibatkan banyak pihak. Jangkaan mereka kemungkinan besar ia akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya sebulan.

Proses ini juga akan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah diurusetiakan Jakim.

IKLAN

“Mengambil maklum persoalan oleh masyarakat susulan pertemuan saya dengan Sajat dan kedua orang tua beliau, maka ingin kami jelaskan bahawa kami bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

 

“Proses ini akan mengambil masa yg panjang melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minima.

 

“Keputusan #hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah diurusetiakan Jakim,” tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun Izwan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah video kononnya pihak Jakim telah menghubungi seseorang dan memaklumkan tentang jantina Sajat.

IKLAN

Malah, Izwan sempat menggunakan hashtag #Sabar #KitaDakwahBukanMenghukum untuk meperingatkan semua untuk terus bersabar dan jangan sesuka hati menghukum kesalahan orang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI