Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pelakon dan pelawak,  Sharifah Shahirah sedang menyamar menjadi seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan Firefly dan membuat ‘kacau’ di lapangan terbang.

Selain itu, Shahirah juga sempat menyamar menjadi seorang petugas di kaunter penerbangan dan mengacau seorang pelancong asing.

Malah, juga membuat pengumuman dengan meniru suara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, King Coco dan Ratu rock negara, Ella.

IKLAN

Tidak cukup di lapangan terbang, Shahirah turut menjadi kru anak kapal dalam sebuah penerbangan tempatan dan melakukan rutin demonstrasi keselamatan pesawat dalam aksi mencuit hati.

Perkongsian yang dihasilkan oleh Maxman TV itu telah mendapat lebih 14,000 perkongsian, 1.3 juta tontonan, 15,000 likes dan lebih 2,000 komen di Facebook sejak dimuat naik beberapa hari yang lalu.

IKLAN

Bagaimanapun, lebih menarik perhatian ramai apabila suami Shahirah, Ijoy turut tampil dalam video tersebut tanpa pengetahuan pelakon drama Mat Despatch itu.

“Ha, sekarang ni kita nak tengok apa yang stewardess ni buat,” Ujar Ijoy yang ingin membuat kejutan buat isterinya. 

Dia juga yang terkejut melihat suaminya yang muncul ketika ingin menyapa penumpang untuk turun.

IKLAN

Jom tengok Shahirah jadi pramugari,

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI