Sudah menjadi kemestian setiap kali tibanya Syawal pasti golongan kanak-kanak yang terlebih gembira kerana di hari raya inilah mereka bisa mengumpul duit raya pemberian sanak-saudara.

Buat pelakon wanita, Izara Aishah, dia mengatakan ini merupakan tahun pertama buat dirinya untuk memberikan duit raya dan ini merupakan sejarah baru buat dirinya.

“Nampaknya, tahun ini saya sudah kena bagi duit raya. Boleh dikatakan, sejarah hidup akan tercipta kerana inilah kali pertama saya berbuat demikian. Selalunya, saya yang dapat.

 

“Saya pun sudah rasa ada tanggungjawab, jadi nak tak nak, kena juga (hulurkan duit raya). Sekarang ini pun saya sudah 25 tahun. Nak kata besar panjang, tidaklah juga,” guraunya.

Izara Pertama Kali Beri Duit Raya

IKLAN

Bercerita pula tentang sambutan Aidilfitri, Izara lebih suka untuk bersederhana dalam membuat persiapan raya dan lebih menumpukan waktu yang ada untuk diluangkan bersama keluarga tersayang.

IKLAN

“Detik bersama keluarga itulah yang saya utamakan. Dapat berkumpul dan bersalaman bagai menjadi tradisi setiap kali raya. Ketika itulah kita hendak memohon maaf, kalau ada salah dan silap,” katanya.

Setiap orang pasti akan ada juadah hari raya yang paling digemari. Buat Izara, dia paling suka akan biskut cornflakes madu.

IKLAN

“Hari raya akan meriah jika pelbagai jenis kuih dan biskut disediakan. Paling saya suka ialah biskut cornflakes madu. Beraya takkan lengkap tanpa biskut raya. Saya tidaklah terlalu sukakan rendang dan lontong. Begitupun, saya takkan menolak andai ada hidang roti jala cicah kuah kari ayam,” katanya.

Sumber: BH Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI