Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Izara Aishah bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini bersama jejaka pilihan hatinya, Adib Khalid.

Dah menjadi kebiasaan setiap pasangan yang berkahwin akan menerima hadiah perkahwinan mereka daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Terbaru viral di media sosial yang mengatakan Izara dan Adib telah menerima sebuah kereta mewah berjenama Roll-Royce daripada abang Adib, Anas Khalid sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Berita ini hangat diperkatakan apabila sebuah video yang merakamkan Adib dan Izara teruja melihat kereta tersebut.

IKLAN

Dalam video itu juga terdengar suara abang Adib, Asyraf Khalid bertanya kepada mereka sama ada mereka suka atau tidak hadiah perkahwinan mereka ini.

IKLAN

Memetik dari satu sumber, Adib menjelaskan bahawa orang ramai sudah tersalah faham, kereta mewah tersebut bukanlah hadiah untuk perkahwinan mereka tetapi kereta tersebut merupakan kereta rasmi yang bakal digunakan sepanjang majlis perkahwinan mereka.

“Abang saya, Anas, memang terbabit dengan perniagaan kereta mewah dan kebetulan, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual mereka. Justeru untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung.

 

“Kalau ada sesiapa ingin membeli kereta itu selepas ini, bolehlah menghubungi saya,” ujar Adib sambil ketawa kepada Berita Harian.

Adib juga menjelaskan lagi tentang video viral itu dengan berkata video yang menyaksikan dia dan Izara sedang melihat-lihat kereta tersebut merupakan antara babak yang dirakam untuk sebuah program TV bertemakan perkahwinan.

IKLAN

“Kebetulan, majlis kami nanti akan disiarkan dalam sebuah program perkahwinan, jadi proses meninjau kenderaan terbabit juga adalah antara babak menarik dalam program berkenaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu menurut sumber juga yang dapat menemubual Adib semalam, dia berkongsi perasaannya yang bakal bergelar suami kepada Izara, dia berkata buat masa ini dia masih mampu untuk menahan rasa gemuruhnya.

“Buat masa ini saya masih lagi okay, tetapi tidak tahulah bagaimana keadaannya, esok (hari ini). Saya ada jugalah berlatih cara hendak melafazkan akad nikah. Harapan saya, biarlah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang,” katanya.

MH mendoakan segala urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Semoga masjid yang bakal dibina oleh pasangan ini sentiasa mendapat rahmat daripada ALLAH SWT.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI