Awal hari ini, rata-rata netizen memberi reaksi berbelah bahagi terhadap sebuah video yang dimuat naik aktres, Ika Nabella bersama suami. Difahamkan, video menerusi aplikasi Boomerang itu dibuat pasangan suami isteri ini ketika menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka baru-baru ini.

Apa yang tidak sedapnya, ada yang menempelak pelakon tersebut yang dikatakan sengaja show off kemesraan dengan cara bercumbu lalu menjadi tatapan ramai di media sosial.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Ika ketika dihubungi MH menjelaskan, dia sendiri tidak sangka ia boleh cetuskan viral kerana baginya, tiada isu yang perlu diperbesarkan.

IKLAN

“Hanya Boomerang, Tiada Langsung Unsur Lucah,” – Ika Nabella Jawab Isu ‘Comolot’ Dengan Suami

IKLAN

“Pertama sekali, saya dan suami tidak sangka apa yang dimuat naik itu menjadi tular sebab video tersebut hanyalah Boomerang saja. Saya tiada niat langsung nak lakukan apa-apa yang tidak baik. Hanya berkongsi kemesraan. Saya baca komen, ada yang ingat kami baru berkahwin dan sengaja bercium di depan umum.

 

“Posting itu pun bukan untuk menunjuk-nunjuk dan kalau diikutkan, video tersebut saya kenakan suami saya. Lepas itu kan saya gelak. Kalau kalian perasan andai ulang dia berulang kali. Lagi pula, saya rasa tiada salah untuk bergurau sedemikian kerana lelaki itu ialah suami saya yang sah. Itu hanyalah Boomerang, tiada unsur lucah yang boleh membangkitkan nafsu,” katanya jujur.

Pelakon asal Pulau Pinang itu bagaimanapun memohon maaf andai ada pihak yang rasa terganggu dengan video berkenaan.

IKLAN

“Kami cuma bergurau dan mungkin itu cara kami untuk pamerkan kemesraan dan kasih saying di antara satu sama lain. Terima kasih pada peminat yang mengambil berat dan bagi yang maki hamun tu, semoga anda mendapat hidayah,” akhiri pelakon drama Seharum Mawar itu.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun ditonton lebih 90,000 kali menerusi Instagram milik pelakon tersebut.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI