Festival Filem Malaysia ke-29 tempoh hari telah menampilkan pelakon cilik, Mia Sara dan Rayqal Iskandar untuk mengumumkan pemenang anugerah bagi kategori Pelakon Kanak-kanak Terbaik.

Penampilan Mia pada malam itu mendapat perhatian daripada netizen kerana mempunyai susuk tubuh yang sudah meningkat dewasa malah bukan disebabkan itu sahaja dia mendapat perhatian ramai.

Isu Tudung Singkat, Bapa Mia Sara Mohon Maaf

Tudung singkat yang dipakai Mia pada malam itu juga turut menjadi salah satu faktor dia mendapat perhatian netizen.

Mia yang kini berusia 12 tahun menerima kecaman hebat daripada segelintir netizen yang kurang selesa dengan penampilannya.

IKLAN

Isu Tudung Singkat, Bapa Mia Sara Mohon Maaf

Rentetan daripada hal itu bapa Mia, Muhammad Ridhuan tampil memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan penampilan Mia pada malam itu.

“Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik,” katanya.

Dalam pada itu, Ridhuan mengaku bahawa tudung yang dipakai oleh anaknya itu memang kelihatan agak singkat dan dia juga menerima segala teguran daripada netizen.

IKLAN

Menurut Ridhuan lagi, dia mengaku bersalah kerana anaknya memakai tudung yang singkat disebabkan segala persiapan dilakukan pada saat-saat akhir.

Isu Tudung Singkat, Bapa Mia Sara Mohon Maaf

IKLAN

Bapa kepada Mia ini memberitahu, mereka mendapat jemputan untuk ke majlis tersebut kurang dua minggu dan baju itu pula siap sehari sebelum majlis.

“Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ridhuan berkata dia mengucapkan terima kasih di atas komen-komen positif yang diterimanya.

“Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja,” katanya.

Buat Mia, jangan pernah cepat melatah walau seteruk mana anda dikecam kerana inilah realiti hidup sebagai seorang selebriti. Apa sahaja yang dilakukan akan sentiasa mendapat perhatian daripada netizen. Diharap Mia terus tabah mengharungi dunia sebagai seorang anak seni.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI