Dua tiga hari yang lalu, pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri ada berkongsi satu video menerusi akaun Instagramnya di mana dia sekeluarga telah menjamu selera di tepi jalan.

Sebaik sahaja video itu dikongsi oleh Aliff, pelabagai kritikan dilemparkan kepadanya walaupun di ruangan kapsyen itu Aliff sudah menjelaskan mengapa mereka sekeluarga terpaksa makan di tepi jalan.

“sedih sy bila bawa gi restoren bawa bekal sbb kat sini makanan halal amat susah nak dpt..baru je cadang nak oder lah air biar cover skit nak tumpang makan..tapi kami kena halau .. jadi kami makan lah di tpi jalan?,” jelasnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Rentetan daripada video ini ada juga selebriti yang meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan Aliff sekeluarga yang makan di tepi jalan dan meluahkan pendapatnya.

Terkini, isteri kepada Aliff, Datin Shahida telah memberi penjelasan di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

IKLAN

“isu makan tepi jalan pun nak kecoh…bukan buat dosa atau makan makanan x halal…mmg ada restoran halal..tapi tau tak masa tu kita org dr mana nak kemana? …perjalanan satu tempat ke satu tempat ambik masa 3-4 jam…kami berpindah hotel selalu sbb kita menyusuri tempat2 cantik seluruh negara tu…mmg saya masak sendiri sbb anak saya suka makan nasi…


.
so apa masalah korang yg x berhenti nak mengeji…utk pengetahuan korang kat situ x ada org lalu pun waktu kita org makan jadi nak malu sbb apa…saya lagi malu kalau mengutuk org tanpa tahu hal sebenar…..


.
Malas nak fikir nak puaskan hati korang semua….Esok2 yg ada anak tu tau lah nanti jgn pandai mengeji jer…akhir kata semoga kita semua termasuk saya sendiri dijauhkan dari bersifat mengeji atau mengata….,” panjang lebar penjelasannya.

Dengan penjelasan yang telah diberi oleh Shahida ini, diharapkan anda semua faham dengan situasi yang dihadapi oleh mereka saat itu. Mungkin apabila kita berada di tempat mereka, kita juga turut melakukan perkara yang sama.

Sumber: Instagram Aliff Syukri & Instagram Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI