Rentetan daripada sidang media yang berlangsung, Hafiz Hamidun memberi respons terhadap tuduhan yang mengaibkan kononnya dia dikaitkan dengan sesuatu yang membawa maksud ‘kunyit’ atau lebih jelas suka kaum sejenis, Hafiz menjawab dengan cukup tenang.

Katanya jika benar kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Joy atau sesiapa, dia perlu buktikan kenyataan itu benar. Sekirannya tidak dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

IKLAN

Isu ‘Kunyit’, Hafiz Minta Tunjuk Bukti dan Fakta

IKLAN

“Tak apalah, terpulang pada dia. Pada saya kalau dia buat kenyataan tersebut dia kena buktikan dan sekirannya berlaku unsur-unsur yang tidak tepat saya akan anggap ini satu fitnah dan pihak peguam saya akan tidak ragu-ragu untuk ambil tindakkan saman.

 

“Saya dah jangka dia akan bertindak begitu. Sebenarnya saya tidak tahu apakah motif dia nak mengatakan benda-benda yang tidak berkaitan dengan apa yang saya nak suarakan hari ini. Saya tidak mengambil kisah kerana kadang-kadang cakap sebegini didorong oleh emosi dan tidak berlandaskan dengan fakta

 

“Dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dia katakan, bukan sahaja pada dia tetapi pada semua orang yang buat keterangan, komen, posting dalam Facebook dan forum Cari. Kita telah mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan perkara ini tidak berlanjutan. ” jelasnya dengan tegas.

Isu ‘Kunyit’, Hafiz Minta Tunjuk Bukti dan Fakta

IKLAN

Malah, Hafiz turut menganggap perkara sebegini remeh dan ia sebahagian daripada trik untuk mengalihkan tumpuan sebenar masalah yang timbul.

“Saya menganggap isu ini remeh untuk mengalihkan tumpuan sebenar kes ini. Dia pun tahu tentang kes ini seperti apa yang telah saya nyatakan tetapi dia telah muncul dengan kenyataan-kenyataan picisan yang sebenarnya pada saya selagi benda tu tidak mengaibkan saya, saya masih boleh bersabar tetapi sekirannya ia melampaui batas sehingga menyebabkan reputasi saya terganggu kita tidak teragu-ragu mengambil tindakan,” terangnya lagi dalam sidang media.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI