Nampaknya isu anak kepada penyanyi Suci Dalam Debu, Syafiq Farhain yang dikatakan tidak dibenarkan untuk menggunakan nama bapanya, Saleem dalam mana-mana acara telah mendapat perhatian ramai.

Menurut laporan mStar baru-baru ini, Pengarah Urusan, Rumhadi Rumlan berkata pihaknya telah berjumpa dengan penyanyi otai tersebut dan berbincang tentang beberapa perkara.

Antaranya ialah Saleem melarang anaknya mengguna mahupun mengaitkan namanya dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagunya di mana-mana acara.

Tindakan Saleem ini telah membuatkan ramai netizen bersuara dan rasa kurang bersetuju dengan caranya.

IKLAN

Isteri Saleem Jelaskan Mengapa Tidak Benarkan Anak Guna Nama Suaminya Isteri Saleem Jelaskan Mengapa Tidak Benarkan Anak Guna Nama Suaminya Isteri Saleem Jelaskan Mengapa Tidak Benarkan Anak Guna Nama Suaminya Isteri Saleem Jelaskan Mengapa Tidak Benarkan Anak Guna Nama Suaminya Isteri Saleem Jelaskan Mengapa Tidak Benarkan Anak Guna Nama Suaminya

Namun baru-baru ini isteri kepada penyanyi Bukan Ku Tak Sudi itu telah membuka mulut dan menjelaskan mengapa suaminya bertindak sebegitu.

IKLAN

Rupa-rupanya Saleem dan anaknya ini mempunyai masalah selisih faham sejak beberapa tahun yang lalu dan masih belum diselesaikan.

IKLAN

Menurut Isteri Saleem, Julia, suaminya itu telah terguris hati dengan anaknya kerana Syafiq pernah menuduh sesuatu yang buruk dan pernah berkata malu mengaku siapa bapanya tetapi bila masuk dalam industri, lain pula jadinya.

“Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.

 

“Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini,” ujarnya.

Oh begitu rupanya. Patutlah Saleem bagi syarat sebegitu. Dahulu Syafiq pernah berkata dia tidak menafikan mula dikenali kerana populariti ayahnya namun dia jelaskan dia juga berusaha sebaik yang mungkin untuk sampai ke tahap sekarang.

Malah, dia turut pernah memaklumkan tidak mahu dikaitkan dengan nama ayahnya dalam bidang ini. Katanya dia ingin naik dengan bakatnya sendiri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI