Pelakon lelaki yang juga merupakan bekas juara Pencarian Pengacara “On Air” 2012, Hafizul Kamal telah berkongsi berita kehamilan isterinya.

Berita gembira ini dikongsi melalui akaun Instagramnya beberapa hari yang lalu.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Hafizul, isterinya kini sudah hamil lima bulan.

“Assalamualaikum.. sy dgn ini mengumumkan..*mcm lepas tgk anak bulan plak… hehe nak gtau budak cantik ni sedang Mengandung.. 5 bulan dah.. Alhamdulillah.. terima kasih pada semua yg mendoakan yg baik2 utk keluarga kami.. semoga Allah berikan kebahagiaan yg lebih baik buat kalian Ameen..,” tulisnya.

Rata-rata peminat Hafizul telah meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen gambar yang dikongsi oleh Hafizul.

scha.f: Tahniah mieja !! And @hafizulkamal x sabar nk tgk baby

IKLAN

syedhanafi_alyahya: Insha-Allah father to be bang @hafizulkamal bila nk continue lakonan lepas ni

sellysulaiman: Alhamdulillah tahniah abg pijot @hafizulkamal n sis @mieja_ibrahim 

vitamin_dianz2017: Alhamdulillah. semoga dipermudahkan

IKLAN

Isteri Hafizul Kamal Hamil 5 Bulan

Terdahulu, Hafizul dan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mieja telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.

Selepas tiga tahun mengenali hati budi, pasangan ini telah bersepakat untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dengan mendirikan masjid bersama.

IKLAN

Pernikahan mereka telah berlangsung di kediaman Mieja yanga terletak di Jerteh, Terengganu.

Lebih kurang empat bulan daripada sekarang Hafizul dan Mieja akan bergelar ibu dan bapa kepada anak sulung mereka yang bakal lahir.

Kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Hafizul Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI