Memandangkan zaman yang sudah terlalu moden dalam arus digital sekarang ini, ramai yang telah mengikut arus moden ini dengan membuat akaun di media sosial untuk dijadikan tempat mengumpul segala kenangan.

Bagi pelakon lelaki dan juga seorang suami, Amar Baharin turut mempunyai pendapat yang sama di mana di juga berhasrat ingin membuka akaun media sosial buat bayi sulungnya yang bakal lahir pada hujung bulan Oktober nanti.

‘Ini Trend Sekarang, Jadi Kenapa Saya Tak Boleh Buat?’ – Amar Baharin

Suami kepada pelakon wanita, Amyra Rosli ini juga mengatakan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan hal ini kerana dia melihat ramai rakan artis yang turut berbuat demikian dan bagi Amar sendiri, amat penting untuknya berkongsi detik-detik indah bersama peminat.

IKLAN

Dia dan isterinya juga telah bersepakat untuk membuka akaun media sosial buat anaknya dan tidak kisah dengan kata-kata orang ramai. Apa yang penting bagi mereka adalah ianya dapat dijadikan sebagai kenangan.

“Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang. Tak salah kan?,” kata Amar.

‘Ini Trend Sekarang, Jadi Kenapa Saya Tak Boleh Buat?’ – Amar Baharin

Terdahulu pasangan ini telah menamatkan zaman bujang mereka pada November 2016 dan selamat bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz.

IKLAN

Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Hotel Premiera yang dihadiri kira-kira 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan ini.

Amar telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,111 kepada Amyra dan wang hantaran pula berjumlah RM50,000.

IKLAN

Selain itu, pengantin perempuan juga turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Semoga perkahwinan mereka ini akan kekal bahagia lebih-lebih lagi dengan kehadiran ahli keluarga baru yang bakal lahir tidak lama sahaja lagi.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI