Select Page
  • 5K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5K
    Shares

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli menyelar sikap sesetengah netizen yang sering mengutuk dan memberikan kritikan melampau terhadap seseorang selebriti, khasnya barisan penyanyi baru seangkatannya.

Akui bintang berusia 20 tahun ini kepada MH, kemenangannya di AJL32 setidak-tidaknya dapat membuka mata sesetengah pihak yang sebelum ini agak pesimis terhadap kredibiliti serta keupayaan penyanyi baru sepertinya.

“Ada komen yang terlalu teruk. Saya ada juga baca. Macam tak pandai jaga hati. Bagi saya itu tak bagus kerana masing-masing ada keunikan tersendiri,” katanya ketika ditemui sejurus sidang media AJL32 selesai.

Malah kongsi Haqiem, dia juga sebolehnya mahu mengubah mentalili bahawa tidak semestinya menyanyi dalam nada tinggi adalah sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai sedap.

“Sesetengah akan anggap penyanyi kena tarik suara tinggi untuk kedengaran sedap. Namun ada juga penyanyi yang bernada rendah tetapi masih ada kualitinya,” jelas Haqiem yang turut menyimpan angan mahu berduet dengan penyanyi Faizal Tahir pada masa depan.

 

“Saya teringin berduet dengan Faizal Tahir kerana dia adalah antara idola saya dalam muzik. Respect dengan bakat yang dia ada dan pernah simpan angan untuk jadi macam dia. Saya juga ada kaji setiap persembahan yang dilakukan Faizal setiap kali menyertai AJL,” akui Haqiem jujur.

Mengulas kemenangannya di AJL32 pula, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli ini merakamkan rasa syukur kerana sudah memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.

“Tak letak harapan besar pun. Asal saya boleh puaskan hati peminat, ibu ayah dan syarikat rakaman, itu sudah memadai. Tap bila diberikan penghargaan ini, saya anggap sebagai rezeki,”akhiri Haqiem yang bakal muncul menerusi sebuah lagu balada yang dijangka akan dilancarkan Jun depan.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: