Select Page
  • 2.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.7K
    Shares

Pelakon Uqasha Senrose memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berhubung salah faham yang timbul berkenaan persamaan wajah dan namanya menerusi sebuah novel berjudul Uqasha Suci yang diterbitkan baru-baru ini.

Menurut Uqasha kepada MH lagi, pihak tersebut sudah pun memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku.

“Bila mereka beri penjelasan, saya okay sajalah sebab tak mahu gaduh-gaduh. Malas nak panjangkan. Tak payahlah kot…,”katanya jujur.

Meski penjelasan sudah pun berikan, Uqasha bagaimanapun turut mengakui dia ada menerima kritikan netizen bila ada yang mengganggap dia perasan.

“Bukan saya nak perasan. Dah memang itu nama saya dan penulis tu pun ada beritahu dia suka dengan nama Uqasha. Cuma kebetulan ia sama. Tapi tidak mengapalah, rezeki masing-masing,” luah Uqasha optimis.

Ditanya mengenai bagaimanakah kehidupannya ketika ini pula, Uqasha yang enggan memberikan komen lanjut mengenai situasi hubungan dengan pengacara, Hefny Sahad memberitahu, dia kini lebih selesa untuk beri fokus pada kerjaya.

“Kehidupan sekarang alhamdulillah, good. Kini saya hanya mahu fokus pada kerja sahaja,” terangnya ringkas kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Uqasha sedang sibuk menjalani penggambaran mega drama untuk Astro Ria, Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan menjelang Ramadan nanti.

Foto: Instagram Uqasha

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: