Select Page
  • 3.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.2K
    Shares

Aduh, isteri mana yang tidak sedih apabila mendapat tahu suaminya telah ditahan polis kerana cuba melakukan kekerasan terhadap orang sekeliling.

Lebih menyedihkan apabila pihak polis sendiri mengesahkan suami positif dadah. Itulah yang terjadi kepada pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle apabila suaminya Datuk Farid Kamil telah disahkan positif dadah jenis ganja.

Namun melalui sebuah akhbar tempatan, Diana yang dihubungi meminta untuk orang ramai memberi sedikit ruang padanya untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini.

Dalam masa yang sama, ibu kepada pelakon ini turut meminta pihak media untuk hubungi ahli keluarga Farid sendiri sekirannya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara ini.

Terkini, Diana telah menutup ruangan komennya di Isntagram untuk mengelakkan diri daripada menerima apa-apa komen atau persoalan daripada orang ramai.

MH faham bagaimana rasa jika berada di tempat Diana, apa yang boleh kami katakan Diana harus sabar untuk lalui semua ini.

Sekirannya ada peluang untuk membantu Farid dalam bab-bab ini Diana perlu segera ambil tindakan yang sepatutnya, dalam membantu Farid memperbaiki diri.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: