Menyambut ulang tahun kelahirannya 1 Jun lalu, pelakon Janna Nick mengakui hadiah paling bermaknanya pada tahun ini ialah pengiktirafan yang diberikan peminat setia sehingga melayakkan dirinya untuk memegang trofi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) baru-baru ini.

Menurut Janna, tiada apa yang lebih bermakna daripada kemenangan berkenaan, apatah lagi ia merupakan hasil sokongan berterusan daripada peminat setianya.

“Hadiah istimewa tahun ini rasanya adalah DFKL, raih pencapaian sebagai Aktres Pilihan. Pastinya, saya mengharapkan yang terbaik dan berpeluang untuk meraih anugerah lain untuk tahun mendatang, insyaAllah.

 

“Selain itu, hadiah paling bermakna juga adalah kerana saya adanya peminat, khasnya Jannanikers yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Itupun menjadi hadiah yang terindah,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Isteri Untuk Diiktiraf ini tidak menafikan kekuatan sokongan peminat terhadapnya secara langsung turut memberi impak di dalam perjalanan seninya sejak dulu hingga kini.

IKLAN

“Saya tidak mahu minta lebih kerana tanpa peminat dan sokongan semua, saya tidak akan menjadi wajah wakilan, dapat berlakon dalam naskhah yang baik, dan adanya permintaan untuk saya muncul di kaca TV dan macam-macam lagi. 

 

“Terharu dan berterima kasih buat mereka kerana menampakkan saya sebagai artis berkaliber dan ‘in’ untuk tahun ini,” katanya . 

Terdahulu, Janna yang bakal terlibat menerusi sebuah drama terbitan JS Pictures dalam tempoh terdekat baru sahaja pulang dari Russia bagi menyaksikan pelawanan awal Piala Dunia.

IKLAN

Pemergian pelakon tersebut ke sana adalah atas tiket jenama telefon pintar, Vivo mewakili Malaysia.

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=TWVVMyTF4c8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI