Susulan luahan kekecewaan Sarah terhadap protogenya, Alina menerusi persembahannya di semi final Mentor Otai Ahad lalu, Alina tampil membuat kenyataan berhubung apa yang telah diperkatakan Mentornya itu.

Ditemui MH sejurus diumumkan sebagai salah seorang finalis, penyanyi berusia 51 ini mengakui seperti tidak layak untuk bersaing di pentas final yang bakal bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Alam Sentral di TV3.

“Saya reda kalau tersingkir sebenarnya tapi bila diberikan peluang kedua saya terperanjat. Pada masa sama, saya tidak layak ke final kot. Nak kata macam mana ya, saya gembira tetapi pada masa saya sedih juga,” katanya sambil memanjatkan rasa syukur kerana diumumkan sebagai finalis akhir.

Ini Dia Jawapan Balas Alina Hassan Terhadap Luahan Rasa Kecewa Sarah Raissuddin

Mengakui kepincangan persembahannya kerana mempunyai masalah gugup, Alina mengakui dia dibelenggu masalah tersebut sejak dari awal persaingan.

Ditanya mengenai apakah reaksinya terhadap luahan Sarah, Alina hanya mampu memohon maaf. Kata Alina;

IKLAN

“Saya nak cakap minta maaf, tapi itulah yang hanya saya mampu cakap, meski ia sebenarnya masih belum cukup…,” jelasnya kepada MH.

Selain mengakui gemuruh dan rasa gugup di kala melakukan persembahan secara langsung, Alina sejujurnya memberitahu sepanjang minggu ini, dia mengalami masalah kerana tidak mempunyai kediaman tetap.

Ini Dia Jawapan Balas Alina Hassan Terhadap Luahan Rasa Kecewa Sarah Raissuddin

“Okaylah saya cerita. Sebenarnya dalam minggu ini, saya ada menghubungi kawan-kawan. Saya kata kalau terkeluar minggu ni, saya tiada tempat tinggal. Malah ada juga hubungi Seniman, mereka belum berikan jawapan.

 

Kita tidak tahu kalau terkeluar, tak tempat nak duduk. Tapi alhamdulillah, masih dalam saingan,” luahnya jujur. 

Ini Dia Jawapan Balas Alina Hassan Terhadap Luahan Rasa Kecewa Sarah Raissuddin

IKLAN

Apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Alina dan tiga lagi protoge AJ, Aznie dan Elvira yang akan bersaing di pentas akhir Mentor Otai Ahad ini yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berupa RM100,000. All the best guys!

Foto: TV3

IKLAN

Ikuti sedutan temubual bersama Alina yang menerusi FB Live MH.

PART 2 – Nah dengarkan pula apa kata penjelasan Alina.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 22 April 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI