Nampaknya pengacara serba boleh, Zulin Aziz telah dimasukkan ke Hospital yang terletak di Kuala Lumpur kerana mengalami masalah cirit birit.

DND

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Zulin yang terkenal dengan kepetahan apabila berkata memberitahu sukar untuk dirinya menerangkan bagaimana kondisi kesihatannya buat masa ini.

Malah dia turut akui langsung tidak tahu tentang kewujudan cyst dalam perutnya sehinggalah dia memasuki hospital kerana sakit perut.

Zulin yang berkongsi gambar imbasan perutnya itu memberitahu ini bukanlah salah satu gambar imbasan bayi dalam kandungan seperti apa yang orang lain fikir, sebaliknya menunjukan kedudukan ketumbuhan di dalam perut.

IKLAN

“Ni bukan scan baby yaa..
Ni namanya cyst. Bila masa pulak saya kawen?.
Saya masuk hospital sbb cirit birit tp lepastu baru saya tahu.
Saya nak explain pun susah…doakan baik2 yaa❤,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Malah Zulin turut berkongsi harapannya untuk dapat pulihkan penyakit ini tanpa melalui sebarang proses pembedahan.

‘Ini Bukan Scan Baby Yaa..’ – Zulin Aziz Kongsi Gambar Scan Perut, Beritahu Ada Ketumbuhan

IKLAN

Dalam masa yang sama, Zulin turut meminta pengikutnya mendoakan yang terbaik dan akan berjumpa doktornya semula dalam masa 6 bulan yang akan datang.

 

Apapun MH doakan semoga Zulin dapat atasi masalah ini dengan cara yang terbaik dan jangan terlalu memaksa untuk berkerja keras hingga mengabaikan kesihatan diri.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI