Penyanyi Aisyah Aziz akui tidak menyangka penyertaannya di dalam Anugerah Planet Muzik (APM2017) tahun ini menjadi ruang terbaik buatnya di dalam membuka mata ramai pihak terhadap keupayaannya dalam arena muzik serantau.

Menerusi program anugerah tahunan itu, Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi Aliff Aziz membawa pulang tiga anugerah menerusi sembilan pencalonan yang diterimanya.

“Ingat Dapat Satu, Tapi Dapat Tiga Anugerah” – Aisyah Aziz

“Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki. Pada awalnya saya hanya jangka akan dapat Anugerah Lagu Terbaik Singapura. Tapi tak sangka pula malam ini tuah berpihak pada saya apabila berjaya meraih dua lagi anugerah utama iaitu Kolaborasi Terbaik Lagu menerusi lagu Tanda Tanya dan Lagu Terbaik APM untuk single Senyum Saja.

 

 

“Tak percaya rasanya. Malah pihak pengurusan saya, Paranormal juga terkejut dengan kemenangan tersebut. Satu pencapaian yang besar untuk tahun ini dan semoga kejayaan ini akan menjadi platform terbaik untuk saya meneruskan kerjaya muzik. Baik di Singapura, Indonesia dan Malaysia,” kata Aishah kepada MH Online.

“Ingat Dapat Satu, Tapi Dapat Tiga Anugerah” – Aisyah Aziz

IKLAN

Ditanya apakah kekuatan lagu tersebut hingga diangkat sebagai lagu terbaik APM tahun ini, Aishah mengakui mungkin emosi yang ditampilkan berjaya menambat hati juri.

“Saya berduet dengan pendatang baru Singapura, Haikal Ali untuk lagu tersebut. Kami pun dah kenal lama dan memang berharap untuk rakam lagu bersama. Impian menjadi nyata dan emosi yang kami lahirkan menerusi lagu tersebut yang bersifat jujur mungkin menjadi sebab utama lagu tersebut berjaya mendapat perhatian ramai. Terima kasih juga buat peminat yang banyak menyokong hingga berjaya membawa Senyum Saja ke satu tahap tertinggi,”jelasnya lagi.

Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, Aisyah turut merancang mahu melancarkan album hujung atau awal tahun depan.

IKLAN

“Kalau tidak album pun, saya akan lancarkan EP, memuatkan single-single baru termasuk lagu Senyum Saja,”katanya.

APM2017 turut menyaksikan penyanyi Ayda Jebat dinobatkan sebagai Ikon Media Sosial.

IKLAN

Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah memberi reputasi membanggakan apabila dua penyanyi Malaysia itu masing-masing dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki dan Wanita Terbaik.

APM2017 disiarkan secara langsung Sabtu lalu dari Mes Theater Mediacorp, Singapura.

Teks Oleh : Rafiq Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI