Kalau anda merupakan penonton setia drama Mencintaimu Mr. Photographer yang diterajui oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, pastinya ada kenal dengan watak Rahim sebagai pembantu Jemy di studio.

Watak Rahim itu dilakonkan oleh Ikmal Amry yang mempunyai auranya tersendiri hingga mampu mencairkan hati para wanita.

Ikmal Amry Pernah Hafaz 15 Juzuk Al-Quran
Walaupun dikenali sebagi seorang pelakon, namun apa yang menarik tentang Ikmal ini adalah dia merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz dan pernah menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Selalunya kalau dilihat, pelajar lepasan sekolah tahfiz lebih cenderung memilih kerjaya yang lebih profesional seperti guru, pensyarah, pendakwah namun berbeza buat Ikmal.

Ikmal berkata, pada awalnya dia memang memilih untuk menjadi seorang guru namun bila difikirkan semula dia merasakan bahawa karier sebagai seorang guru itu bukan betul-betul datang dari jiwanya.

IKLAN

“Pada mulanya memang saya nak ke arah untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru namun bila saya fikir semula, saya rasa tak boleh dan karier sebagai seorang guru tu bukan diri saya.

 

“Apa ilmu agama yang saya ada, memang saya nak share dengan semua orang menerusi kerjaya dalam bidang seni dengan cara saya.

 

“Tapi saya hanya mampu berkongsi dan terpulang pada semua untuk menerima atau tidak sebab saya tidak ada hak untuk menegur. Saya hanya boleh kongsikan sahaja,” jelasnya lagi.

Ikmal Amry Pernah Hafaz 15 Juzuk Al-Quran

Dalam pada itu, Ikmal merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2017 yang ketika ini sedang bersaing merebut gelaran juara untuk musim kali ini.

Kata ikmal, dia memang ternanti-nanti untuk menyertai pertandingan Hero Remaja kerana bagi dirinya platform ini boleh memberikan sesuatu untuk dia belajar menjadi anak seni yang berjaya seperti bekas-bekas Hero Remaja yang terdahulu.

IKLAN

“Hero Remaja ni satu pertandingan yang saya memang tertunggu-tunggu untuk sertai dan apa yang saya lihat bekas-bekas Hero Remaja yang sekarang ni kebanyakannya sudah berjaya membuatkan saya rasa, saya boleh belajar sesuatu daripada pertandingan ini,” katanya.

Ikmal Amry Pernah Hafaz 15 Juzuk Al-Quran

Untuk bergelar sebagai seorang juara pastinya seseorang peserta itu perlu mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak ada pada peserta lain.

Bagi Ikmal, dia percaya kelebihannya terletak pada pengalamannya sebagai seorang pelakon dan model. Namun dia berkata itu bukan tiket untuk dirinya terus bergelar juara tetapi ilmu daripada pengalamannya itu akan digunakan untuk terus berusaha mendapatkan gelaran juara sepanjang pertandingan ini.

IKLAN

“Sejujurnya saya masuk Hero Remaja 2017 ini untuk saya mencari kerja dan platform ini boleh membantu saya lebih dikenali dan mungkin dari situ saya boleh dapat banyak tawaran berlakon atau modeling.

 

“Selain itu saya juga boleh memperbaiki apa kelemahan dan kekurangan saya dan saya nak improve bakat yang saya ada. Apapun niat utama saya masuk pertandingan ini adalah untuk membantu keluarga,” ujarnya.

Sungguh besar cita-cita anak muda ini untuk menjadi seorang anak seni yang berjaya di masa hadapan. Semoga dengan berkat usahanya membuahkan hasil.

Sempat MH Online meminta Ikmal untuk membacakan sedikit ayat-ayat al-Quran. Dia memilih untuk membacakan surah al-Fatihah kerana katanya surah ini ada kenangan manis buat dirinya.

 

Program Hero Remaja akan ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 14 September ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI