Gimnas kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi muncul juara keseluruhan Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan ke-29 yang berakhir di Bukit Jalil baru-baru ini selepas merangkul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Namun, ada berita yang agak sedih baginya dan peminat kerana akaun Instagramnya telah digodam.

IG Gimnas Negara, Farah Ann Digodam

Atlet yang berusia 20 tahun itu biasanya akan berkongsi foto dan akan menggunakan laman sosial itu untuk berinteraksi dengan lebih dekat dengan para peminatnya, kini akaun tersebut tidak dapat digunakan lagi.

IKLAN

Lebih teruk lagi, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan Instagram milik Farah Ann untuk memuatnaik gambar peribadi.

Disebabkan itu, ianya menimbulkan kemarahan peminat setianya, yang bertindak mengecam perbuatan penggodam tersebut yang tidak bertanggungjawab.

Ruangan komen di instagram Farah Ann dihujani pelbagai reaksi yang memarahi penggodam tersebut kerana telah memadam kesemua gambar Farah Ann dan akan merosakan mood gimnas kebangsaan itu untuk bertanding di Sukan Sea.

IKLAN

IG Gimnas Negara, Farah Ann Digodam

Bagaimanapun, penggodam itu kini bertindak menutup ruangan komen bagi mengelakkan dirinya terus dikecam.

IKLAN

Dalam pada itu, Farah Ann telah membuka akaun instagram yang baru.Para peminat atlet ini masih boleh mengikuti perkembangan kariernya di akaun keduanya iaitu @farah_ann2.

Namun, cerita begini bukan sesuatu yang baru. Apabila akaun selebriti ataupun instafamous yang mencecah beberapa ribu pengikut,ianya akan digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terdahulu, pelakon Wawa Zainal juga mengalami nasib yang sama.

Sabarlah Farah Ann, sekarang ini banyak orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap seseorang yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai. InsyaAllah mungkin ada cara untuk Farah Ann dapatkan semula akaun Instagram beliau.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI