Fenomena #Fattzura nampaknya masih belum reda bagi peminat-peminat pelakon, Fattah Amin dan Fazura.

Baru-baru ini peminat mereka telah mengadakan satu majlis sambutan hari jadi Fattah dan Fazura, Fattzura Birthday Bash di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Nampaknya ramai yang suka melihat Fattah dan Fazura untuk disatukan. Apa salahnya kalau dah jodohkan?

Ibu Fattah Terima Fazura Dengan Baik

IKLAN

Dalam majlis tersebut Fattah berkata, dia mengakui telah beberapa kali membawa Fazura berjumpa dengan keluarganya dan pelakon lelaki popular ini gembira kerana Fazura diterima dengan baik oleh ahli keluarganya.

“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaru malam ini (semalam).

 

“Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik,” ujar Fattah.

Bekas juara Hero Remaja 2011/2012 ini juga turut memberitahu dia juga sudah berjumpa dengan keluarga Fazura dalam satu pertemuan bersama kelab peminat sebelum ini.

“Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik,” katanya. 

Ibu Fattah Terima Fazura Dengan Baik

IKLAN

Kata Fattah lagi, dia tahu bahawa ramai peminat yang mahukan mereka bersama tetapi pelakon ini hanya menerima sahaja doa yang baik-baik daripada peminat dan selebihnya dia hanya berserah pada jodoh.

Kita doakanlah yang baik-baik buat Fattah dan Fazura, kalau sudah tertulis ada jodoh antara mereka maka bersatu jugalah mereka nanti.

IKLAN

Ibu Fattah Terima Fazura Dengan Baik

Terdahulu, Fattah pernah memberi jambangan bunga kepada Fazura sebaik sahaja selesai mempersembahkan himpunan rekaan jenamanya, House of Dolls di sebuh pertunjukan fesyen, KL Fashion Week 2017.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI