Hmmm… Nampaknya pelakon jelita Janna Nick ni memang lasak orangnya.

Berbeza sedikit penampilan daripada selebriti yang lain terutamanya dalam bab pengayaan, Janna lebih selesa mengenakan baju kurung ‘cotton’ kerana sangat mementingkan keselesaan.

‘Ibarat Lembu Terlepas Ikatan’ – Janna Nick

Malah bukan itu sahaja, di kala orang lain sibuk mengimbau kenangan manis mereka sewaktu musim lebaran, Janna akui dia punyai beberapa pengalaman pahit sepanjang perayaan.

IKLAN

Mungkin ada yang tidak perasan tangan pelakon utama Kau Aku Kita ini punyai satu parut di area tangan.

Dari mana ia datang dan bila terjadi? Jawab Jannah ia terjadi sewaktu musim perayaan tujuh tahun yang lalu.

IKLAN

Jannah pernah terlibat dalam satu kemalangan ketika membonceng motor bersama ibu saudaranya.

“Kejadian ini berlaku pada tahun 2010 dan ketika itu saya membonceng motor bersama Maksu saya. Saya cedera di bahagian tangan dan bayangkan betapa malunya saya bersalam-salaman dengan keadaan tangan yang berbalut dan cedera,” ceritanya.

‘Ibarat Lembu Terlepas Ikatan’ – Janna Nick

IKLAN

Menurutnya lagi dalam majalah MH 2016, dirinya sering terlibat dalam kemalangan sebanyak beberapa kali ketika musim perayaan.

“Kali pertama saya terlibat dengan kemalangan ketika musim raya ketika saya darjah lima di mana ketika itu motor yang saya tunggang jatuh ke dalam longkang.

“Bukannya apa kita tinggal di bandar dan apabila balik ke kampung, saya ibarat lembu terlepas daripada ikatan,” ujarnya kepada MH.

Kelakar sungguh Janna ni, nampak sangat dia memang seorang yang boleh tahan lasak. Apa pun kami harap Janna dan berubah dan cuba elakkan dari terlibat dalam mana-mana kemalangan lagi ya.

Sumber : MH 1612 Edisi Raya 2016

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI