Select Page
  • 1.5K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.5K
    Shares

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mengakui dia agak sukar untuknya menanam rasa ‘benci’ terhadap rakan pelakon, Atikah Suhaime yang memainkan watak antagonis menerusi drama rantaian terbaru, Pengantin Musim Salju yang masih rancak menjalani penggambarannya.

Katanya ketika dihubungi MH, penyanyi Terus Mencintai itu memberitahu, dia terharu dengan layanan baik yang diberikan Atikah terhadapnya, meski ini merupakan gandingan pertama mereka menerusi sesebuah drama.

“Kali pertama berlakon dan bertemu dengannya. Dia dukung watak jahat dan ada satu adegan ni, kami perlu bergaduh dan berkejar-kejaran. Susah nak ‘benci’ kepadanya sebab tidak sangka, dia sweet sangat orangnya. Pertuturannya juga lembut dan bila dah beberapa bertemu di set, kira kami boleh ngam,” terang Nana jujur.

Selain gembira kerana setiap pelakon di dalam produksi berkenaan saling membantu dan rapat di antara satu sama lain, penyanyi asal Negeri Sembilan itu juga kagum dengan personaliti tunang kepada Awi Rafel itu yang disifatkan mempunyai keperibadian yang baik.

“Dia hormat semua orang, kira dia nice personlah…,” akui Nana yang kini turut muncul menerusi single terbaru, Hatiku Milikmu yang turut menampilkan dua rakan pelakon, Alvin Chong dan Fikry Ibrahim di dalam muzik video lagu berkenaan.

Pada masa sama, Nana turut memuat naik sekeping gambarnya dengan pelakon asal Singapura itu di Instagram dengan kapsyen yang mengundang rasa tidak sabar penonton untuk menonton drama bersiri itu apabila ia ditayangkan kelak.

“Walau dalam drama ni kami musuh tapi percayalah i x mampu benci dia sbb dia tersangatlah sweet,” tulisnya sambil disertai dengan tanda palang #pengantinmusimsalju#karlisha #kasehlateefa dan #sitinordiana. Malah Atikah turut memuat naik sedutan videonya bersama Nana menerusi Instagram miliknya.

Foto: Instagram Siti Nordiana dan Atikah Suhaime

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: