Select Page

Sejak bergelar ibu tunggal pada tahun 2009, Siti Nordiana Alias atau Nana, meneruskan kehidupan bersama anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 9 tahun sendirian.

Biarpun selama tempoh itulah dia menyambut Lebaran tanpa seorang lelaki bernama suami di sisi, namun tidak sekali pun dia berasa kesal dengan apa yang berlaku di dalam hidupnya.

Bahkan ujar Nana, sehingga kini dia masih menjaga silaturahim bersama keluarga bekas mertua.

“Bekas keluarga mertua sangat baik dan mereka selalu juga berjumpa dengan Rayyan. Malah jika mereka minta untuk jumpa atau ambil Rayyan saya memang tidak ada masalah untuk membenarkan.

 

“Rayyan juga tidak ada masalah walaupun kadang-kala dia rasa janggal kerana jarang jumpa, tapi dia ok sahaja.

 

“Malah apa yang saya tahu, keluarga mertua sampai buat simpanan untuk Rayyan dan saya sangat terharu dengan layanan mereka pada kami, biarpun kami jarang berhubungan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi perkembangannya, Nana berkata, dia akan muncul dengan single baru, yang juga duet bersama Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta.

“Ini merupakan projek istimewa, di mana kami menyanyikan lagu soundtrack untuk drama Dendam Aurora.

 

“Apa yang boleh saya katakan lagu ini memang mencabar, tapi kebanyakan part tinggi dinyanyikan oleh Jac, saya tolong blendkan saja,” katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Nana berkata, dia bersyukur apabila single terbarunya, Terus Mencintai yang juga ciptaannya mula mendapat sambutan ramai.

“Walaupun ia mengambil masa untuk diterima, tapi saya memang bersedia kerana saya sebenarnya saya meletak target lagu tersebut akan diterima dalam tempoh setahun.

 

“Sebab itu saya lancarkan ia lebih awal agar peminat dan orang lain tahu mengenai lagu tersebut,” akhirinya.

Teks Oleh : Aqma Mustaza

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Comments

error: