Select Page

Seminggu yang lalu pelakon kecil molek, Elfira Loy dan penyanyi baru, Sufian Suhaimi telah pun mengadakan majlis merisik.

Elfira kini sudah selamat dirisik oleh Sufian namun ada pula suara-suara yang membandingkan Elfira dengan bekas kekasih Sufian.

Berhubung dengan perkara tersebut, Elfira meminta agar pihak yang membandingkan dirinya dengan bekas kekasih Sufian yang dikenali sebagai Izyan dihentikan dengan segera.

Dia juga turut menjelaskan bahawa statusnya sebagai selebriti menjadikan hubungan percintaan mereka berbeza dengan hubungan cinta Sufian sebelum ini.

“Masa dengan bekas kekasihnya, Sufian belum menjadi selebriti, jadi benda yang dia buat tidak dihebahkan. Saya seorang selebriti. Benda kecil yang saya buat pun mendapat ‘like’ yang banyak. Betul tak.

 

“Kita tidak boleh membandingkan kisah lepas seseorang dengan yang sekarang. Setiap manusia berubah. Kalau pun dia tidak buat romantik dulu. Mengapa pula dia tidak buat sekarang. Mesti ada perubahan,” jelas Elfira.

Terdahulu, Elfira dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Sufian dengan bekas kekasihnya setelah dia bergelar artis.

Namun Sufian tampil dan menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada Elfira.

Diharap Elfira dan Sufian sabar dengan suara-suara yang tidak akan pernah berhenti untuk melemparkan kata-kata negatif kepada mereka.

Semoga hubungan yang terjalin antara Elfira dan Sufian dipermudahkan segala urusan menuju hari bahagia mereka nanti.

Sumber: Projek MMO

Comments

error: