Pada bulan ini banyak universiti awam dan tempatan telah pun selesai mengadakan majlis istiadat konvokesyen bagi meraikan para graduan yang telah tamat belajar dalam bidang yang diceburi masing-masing.

 

Tidak ketinggalan begitu juga dengan penyanyi, Wany Hasrita yang kini popular menerusi lagu duetnya bertajuk Disini Cinta Disini Rindu bersama Tajul.

Kini, Wany akhirnya telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Perubatan (MSU), Shah Alam semalam setelah tiga tahun bertungkus lumus.

Pada istiadat konvokesyen itu, Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah, 24, turut ditemani keluarganya.

IKLAN

“Alhamdulillah Tuhan permudahkan sepanjang bergelar artis saya tidak ada berdepan masalah dalam pelajaran sebab promosi dan persembahan semuanya selepas habis praktikal dan peperiksaan.Jadi tidak ada masalah di situ.

 

“Selepas tamat belajar ini saya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana bidang yang sama dan bercita-cita untuk menjadi pensyarah suatu hari nanti,” jelasnya yang popular dengan lagu berhantunya Menahan Rindu.

Ditanya kenapa mahu bergelar pensyarah, kenapa tidak memilih menjadi doktor? Jawab Wany,

” Memang target utama saya nak jadi doktor tapi tak dapat sambung dalam kedoktoran atas masalah-masalah tertentu,” jelasnya ringkas.


Kerjaya Wany sebagai artis bermula pada tahun lalu apabila nyanyiannya dalam aplikasi karaoke Smule mula dihidu syarikat rakaman dan disunting untuk menjadi artis.

Single pertama Menahan Rindu menjadi hit secara mendadak sebelum merakamkan beberapa single baru termasuk Di Sini Cinta Di Sana Rindu (feat Tajul) dan Rintihan Rindu ciptaan Ibnu dan Gouffran.

IKLAN

Jelas Wany, kariernya sebagai penyanyi di dalam bidang nyanyian bukanlah satu penghalangkepadanya untukterus tetapkan niatnya menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi bagi menambahkan pengetahuan dalam bidang yang diikutinya.

Tahniah buat Wany Hasrita atas majlis konvokesyen anda! Jom tengok foto sekitarkonvokesyen Wany :

Hasrat Wany Hasrita Jadi Doktor Tak Kesampaian

IKLAN

Hasrat Wany Hasrita Jadi Doktor Tak Kesampaian

Hasrat Wany Hasrita Jadi Doktor Tak Kesampaian

Hasrat Wany Hasrita Jadi Doktor Tak Kesampaian

Hasrat Wany Hasrita Jadi Doktor Tak Kesampaian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI