Kami di MH memang berbangga dengan figura kesayangan ramai, Neelofa ni. Satu demi satu pencapaian membanggakan dilakar pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor dan sejak terjun dalam dunia seni lebih tujuh tahun lalu sejurus memegang status sebagai Dewi Remaja 2009/10, sinaran bintang figura ini cukup kemilau.

Belakangkan kisah sensasi yang pernah menghimpit Neelofa. Sebaliknya, jom fokus dan cipta visi sama seperti wanita asal Kelantan ini!

‘Harus Kikis Sikap Prejudis Dan Double Standard’ Neelofa Kongsi Rahsia Kejayaannya!

Bersempena dengan World Hijab Day yang bakal tiba tidak lama lagi, MH secara eksklusif bertanya kepada Neelofa perihal rahsia sukses dan apa pendiriannya apabila sering dilabel sebagai contoh terbaik bagi setiap wanita berhijab dalam mencapai visi dan misi jaya.

IKLAN

Katanya, dia cukup berbangga apabila kepercayaan terhadap muslimah berhijab kian diterima ke peringkat global. Dia secara peribadi meluahkan rasa gembira dan bangganya.

‘Harus Kikis Sikap Prejudis Dan Double Standard’ Neelofa Kongsi Rahsia Kejayaannya!

IKLAN

“Berhijab atau pun tidak, kini ia bukan lagi menjadi isu utama untuk membataskan potensi diri dan kita juga rasanya harus kikis sikap prejudis dan double standard apabila berurusan dengan gadis berhijab. Jika dunia mulai menerima hijab sebagai satu gaya hidup, kenapa kita pula tidak?” kongsi taikun empayar hijab alaf baru ini yang turut tidak lagi melihat hijab dan fesyen itu sebagai suatu hal yang asing.

 

“Seperti saya sendiri, idea untuk mengeluarkan jenama Naelofar Hijab jujurnya hadir selepas sukar mencari tudung atau hijab yang bersesuaian dengan gaya sendiri. Bagaimanapun saya lihat sekarang,hijab dan fesyen itu bukanlah satu perkara yang asing lagi. Semua orang boleh tampil cantik dan bergaya dengan pelbagai pilihan hijab yang sedia ada di pasaran,” akui Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia ini lagi.

‘Harus Kikis Sikap Prejudis Dan Double Standard’ Neelofa Kongsi Rahsia Kejayaannya!

IKLAN

Melihat kepada kejayaannya dalam pelbagai lapangan memberi persepsi bahawa hos MeleTop ini turut dirujuk sebagai beauty with brain yang bertudung, Lofa sejujurnya merasakan pujian tersebut agak berlebihan.

“Pujian sedemikian agak berlebihan. Sedar atau tidak, semua orang ada kecantikkan dan kepakaran dalam lapangan masing-masing. Cuma mungkin yang membezakan adalah, adakah kita sudah berjaya menerokai potensi diri masing-masing atau pun belum. Apa-apa pun saya terima pujian tersebut dengan rasa rendah diri,” luah Lofa yang bakal tampil menerusi sebuah projek khas bersama Astro.

Bagaimanapun, projek berkenaan masih terlalu awal untuk didedahkannya.

“Saya pun teruja dengan projek ini. Tungguu…” akhirinya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI