Bukan saja berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan, malah tuah memiliki rupa paras yang tampan menjadikan Harry Styles cukup digilai ramai peminat wanita.

Terbaru, sebuah laporan dari Pusat Kosmetik Wajah dan Pembedahan Plastik (Center for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery) di London menyebut bahawa anggota kumpulan One Direction itu sebagai antara lelaki terkacak di dunia.

Penilaian tersebut berdasarkan mata dan dagu yang dimiliki selebriti berusia 23 tahun ini.

Harry Styles, Lelaki Terkacak Di Dunia

Memetik laporan AceShowbiz, pakar dari pusat tersebut menggunakan golden rasio atau dikenal sebagai phi (1.61) iaitu bentuk pengukuran untuk mengetahui tingkat simetris wajah seseorang. Dengan rasio itu, pakar yang terbabit berjaya mengidentifikasi ketampanan wajah para selebriti secara objektif.

Berdasarkan kaedah pengukuran itu, Harry memiliki nilai kesempurnaan mata hingga 98.15 peratus. Malah, pakar juga mendapati pelantun Sign of the Times ini memiliki dagu hampir sempurna. Harry juga memiliki dagu 99.7 peratus mendekati rasio kesempurnaan.

IKLAN

Ketampanan Harry ini sekali gus berjaya mengenepikan pesona selebriti tersohor.

Dalam kategori mata tercantik, Harry telah mengalahkan Will Smith yang berada di posisi kedua dengan 97.75 peratus manakala Brad Pitt di posisi ketiga dengan 97.75 peratus. Disusuli George Clooney dengan 94.8 peratus dan Idris Elba dengan 93.65 peratus.

Manakala untuk kategori dagu paling sempurna, posisi kedua diraih Jamie Foxx dengan 98.7 peratus. Kemudian David Beckham di belakangnya dengan 98.6 peratus, Idris Elba meraih 98.5 peratus dan terakhir Ryan Gosling yang mendapat 97.4 peratus.

 

IKLAN

Harry Styles, Lelaki Terkacak Di Dunia

Harry Styles, Lelaki Terkacak Di Dunia

Harry Styles, Lelaki Terkacak Di Dunia

Harry Styles, Lelaki Terkacak Di Dunia

IKLAN

Sumber : AceShowbiz

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI