Pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Hans Isaac menarik balik saman fitnah yang dikemukakan terhadap bekas teman lelaki tunangnya, Robin Coenraad.

Bahkan, tunang kepada model Gabrielle Robinson ini menganggap kes itu sudah selesai.

Hans Isaac Tarik Saman Fitnah

“Secara peribadinya, saya memang marah dan mahu bawa kes ni ke mahkamah, tapi Gaby (Gabriel) ni baik sangat.

“Gaby tak nak panjangkan lagi isu ni dan tak nak sakit hati lagi. Dan…saya pun nampak stress dia.

“Lagipun, lelaki itu juga dah pun menarik balik kenyataannya di laman sosial,” katanya pada Media Hiburan ketika ditemui ditemui pada majlis tayangan program raya Astro, semalam.

Bagaimanapun, pelakon J Revolusi ini menganggap semua kejadian yang berlaku itu sebagai dugaan dalam tempoh fasa bertunang.

“Ya, memang itu dugaan saya. It wasn’t easy for me kerana saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkannya

IKLAN

“Saya rasa tak patut seseorang buat begitu. I think it’s very wrong,” katanya.

Dalam pada itu, Hans terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Katanya, majlis itu terpaksa ditunda kerana hampir semua ahli keluarganya dan mertua mempunyai agenda lain pada hari tersebut.

“Bakal bapa mertua saya tak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan kerana terikat dengan kontrak di Austria.

“Gaby pula rapat dengan bapanya dan dia tetap mahukan bapanya ada bersama di hari bahagia kami nanti.

IKLAN

“Malah ada saudara mara dan sahabat handai yang pergi bercuti pada tarikh sama.

“Sejujurnya, ini adalah salah saya kerana ketika memilih tarikh berkenaan saya tidak memberitahu kepada Gaby dan keluarganya,” katanya.

Pun begitu, bintang filem Lemak Kampung Santan ini berharap agar majlis perkahwinannya dapat direalisasikan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Saya dah membayar deposit dewan malah hampir 70 peratus persiapan yang dilakukan
semuanya, saya dah bayar,” katanya.

IKLAN

Bahkan, Hans menolak untuk menerima mana-mana tajaan kerana lebih selesa membiayai sendiri majlis perkahwinan mereka.

“Untuk wedding ini, memang kosong sponsor sebab saya tak nak.

“Bagi saya, kalau nak kahwin biar semua sendiri saja, saya tak nak susahkan orang lain.

“Selama ini, saya dah kerja kuat dan hidup saya adalah untuk hari ini. Jadi, no limited dalam soal bajet, asalkan ia memadai.

“Saya hanya serahkan kepada Gaby dan keluarga saya. Apa juga yang mereka ingin lakukan saya setuju,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hans dan 12 artis terpilih bakal mengadakan siri jelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak
untuk berjumpa dengan semua penuntut universiti dalam satu program motivasi percuma pada Ogos dan September depan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI