Mungkin ramai sudah mengenali adik kepada selebriti terkenal Neelofa ini iaitu Ameera Khan lebih-lebih lagi dia pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan yang lalu.

Terbaru, gadis kacukan ini telah dipilih menjadi personaliti muka hadapan sebuah majalah hiburan.

Walaupun, banyak kontroversi yang terpalit pada nama Ameera Khan, atau lebih dikenali Little Miss Khan di Instagram, dia merupakan sosial media influencer yang pantas mencuri perhatian ramai.

Di laman sosial sahaja, dia mempunyai pengikut mencecah 700 ribu orang dan akaun Youtube seramai 22 ribu subcribes.

Apa yang menarik adalah penampilannya yang diubah 360 darjah agar kelihatan berbeza ala model antarabangsa sebagai penghias kulit majalah.

Apa yang menarik perhatian MH Online, penampilan Ameera dalam majalah ini nampak luar biasa dan mempersona.

IKLAN

Ternyata Ameera mempunyai ciri-ciri wajah supermodel antarabangsa.

Pastinya yang melihat tidak sangka figura cantik itu baru berusia 16 tahun oleh kerana mempunyai struktur wajah yang agak matang.

Namun, tidak dinafikan dia mempunyai pesona seperti wanita matang dari segi percakapan dan penampilanya.

Berikut kami kongsikan beberapa gambar yang dimuatnaik Ameera sepanjang penggambaraan kulit majalah itu.

IKLAN

Gaya Adik Neelofa Ala Supermodel

Gaya Adik Neelofa Ala Supermodel

Gaya Adik Neelofa Ala Supermodel

IKLAN

Gaya Adik Neelofa Ala Supermodel

Gaya Adik Neelofa Ala Supermodel

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI