Teori kemusnahan dunia dan kepercayaan kaum Maya yang dipopularkan menerusi filem blockbuster, 2012 menarik minat ramai untuk menonton filem ini.

Meski hanya sekadar hiburan, rata-rata pencinta filem memuji filem tersebut, terutamanya menerusi teknik efek khas (CGI) yang diketengahkan menerusi filem yang mencatat keuntungan lebih AS$770 juta itu.

Jom usha apa trivia menarik mengenai filem arahan Roland Emmerich yang dilakonkan oleh John Cusack, Chiwetel Ejiofor, Amanda Peet, Oliver Platt dan Thandie Newton ini.

Gambaran Dahsyat Hari Kiamat Dalam Filem 2012, Ini Antara Trivia Menarik Mengenainya

1.Filem yang diinspirasikan daripada Kalendar Hitungan Kaum Maya ini telah pun memulakan penggambarannya pada Ogos 2008 lalu di beberapa buah negara termasuk Kanada dan Amerika Syarikat.

2. Difahamkan, 2012 sepatutnya ditayangkan pada tahun 2009. Bagaimanapun bagi memberi kesan mendalam pada penonton, akirnya ia ditayang pada tahun sama dengan tajuk filem tersebut.

IKLAN

3. Nama watak Jackson Curtis yang dibawa aktor John Cusack merupakan nama sebenar rapper popular, 50 Cent. Pengarahnya sengaja menggunakan nama tersebut pada watak kerana minat mendalam terhadap penyanyi pujaannya itu.

Gambaran Dahsyat Hari Kiamat Dalam Filem 2012, Ini Antara Trivia Menarik Mengenainya

4. Sementara itu, aktor asal British, Gerald Butler khabarnya menjadi pilihan pertama produksi untuk melakonkan watak Curtis. Bagaimanapun, peranan tersebut digantikan Cusack kerana Butler mempunyai komitmen lain.

IKLAN

Gambaran Dahsyat Hari Kiamat Dalam Filem 2012, Ini Antara Trivia Menarik Mengenainya

5. John Cusack dan heroinnya di dalam filem tersebut, Amanda Peet terdahulu sudah beberapa kali digandingkan bersama iaitu menerusi filem Identity dan Martian Child pada 2007.

Gambaran Dahsyat Hari Kiamat Dalam Filem 2012, Ini Antara Trivia Menarik Mengenainya

IKLAN

6. Filem yang menelan belanja sebanyak AS$200 itu turut diiktiraf di Anugerah Satellite menerusi katogeri Kesan Khas Terbaik dan Bunyi Terbaik.

https://www.youtube.com/watch?v=OALrSNN9HJk

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI