Select Page
  • 568
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    568
    Shares

Wah kagum MH dengan penyanyi rock yang sangat disegani, Amy Search yang berkongsi dengan peminat di akaun Instagramnya untuk menawan Gunung Annapurna yang terletak di Nepal.

Walaupun penyanyi ini kini sudah mencecah usia 60 tahun namun itu bukan penghalang untuk dirinya cuba mendaki gunung yang menjadi impian pendaki-pendaki di seluruh dunia untuk ditawan.

Pendakian Amy juga ditemani oleh isteri tercinta dan penyanyi ini juga ada memuat naik video memaklumkan kepada semua peminatnya bahawa dia sudah berada di Jhinudanda yang berketinggian 1780 meter dari aras laut dan dia juga meminta semua untuk mendoakan perjalanan pendakiannya.

“Alhamdulillah kite org dh smpai Jhinudanda 1780meter paras laut dgn 19km dri Siwai. Esk nk menghadap tangga beribu ribu ke Chomprong. #amysearchroadtoabc2018,” tulisnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, Amy telah berkongsi bahawa dia sudah tiba di Annapurna Base Camp yang berketinggian 4130 meter dari aras laut.

Ok jom MH belanja korang gambar Amy sepanjang pendakiannya untuk menawan Gunung Annapurna.

MH doakan semoga pendakian Amy menuju ke puncak Gunung Annapurna dipermudahkan dan sentiasa dipelihara daripada segala bahaya.

Sumber: Instagram Amy Search

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: