Select Page
  • 958
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    958
    Shares

Dalam ramai yang suka, pasti ada sebaliknya. Itulah yang boleh MH simpulkan mengenai tradisi ‘Hujan Duit’ yang sudah pun sinonim dengan semarak Mood Republik. Meski mendapat kecaman dan kritikan, Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik, Datuk Kimi Iskandar Ismail menjelaskan, tradisi  tersebut tetap berjalan pada KL Raya Fest 2018.

Katanya kepada MH, kecaman yang diterima adalah bersangkut paut dengan wujudnya golongan yang tidak digalakkan untuk menyertai acara tersebut, meski garis panduan sudah pun diterima.

“Bagi saya, saja yang kita buat pasti ada yang suka dan tidak suka. Bagaimanapun, kami tetap meneruskan ‘hujan duit’. Ia adalah kelainan Mood Republik berbanding dengan festival di Malaysia. Malah, tradisi berkenaan pun masih lagi mengekalkan peraturan bahawa golongan tertentu adalah tidak digalakkan sama sekali untuk menyertainya kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, meski setiap kejadian adalah di bawah tanggungan sendiri. 

 

“Sudah ada garis panduan, beberapa golongan tak digalak join. Kami menetapkan, kanak-kanak, individu kurang upaya, wanita mengandung dan warga emas tidak boleh menyertai aktiviti itu. Kalau ada antara mereka yang melanggar peraturan, pasukan berwajib akan bertindak untuk tarik mereka keluar dari kawasan program,” katanya tegas. 

Pada sama sama, Kimi turut ditanya sama ada kecaman video ketika proses ‘hujan duit’ berlangsung yang dimuat naik selebriti adalah sebagai salah satu strateginya untuk ‘memancing’ populariti, usahawan ini memberitahu, dia tidak pernah memaksa mana-mana artis terlibat untuk berkongsi sebarang video berkaitan.

“Tak pernah saya memaksa mereka untuk mengambil video seterusnya berkongsi di laman sosial. Sebab pada masa sama, artis terlibat pun ada pilihan sama ada mahu menyaksikan sesi tersebut atau pun tidak. Jadi memang tiada paksaan di situ.

 

“Ini kerana, duit yang diperuntukkan untuk sesi tersebut juga adalah milik kami, tiada kaitan langsung dengan artis terlibat,” akui Kimi pada pada sidang media Back to Back Raya Galore Festival Mood Republik 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Selasa. 

 

Terdahulu, penganjuran kali kelima ini akan bermula 8 Jun hingga 11 Jun depan dan menariknya, ia akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.Sseramai 97 selebriti turut terlibat antaranya Yana Samsudin, Zain Saidin, Emma Maembong, Ziana Zain, Fazura, Sajat, Janna Nick, Nora Danish dan ramai lagi.

Pada masa sama, temasya ini ijuga bakal menghimpunkan lebih 1,000 jenama yang rata-ratanya terdiri daripada usahawan bumiputera.

Sementara itu, pelakon drama Cik Sempurna, Emma Maembong pula berpendapat, festival seperti ini lebih memudahkan pembeli untuk membeli pelbagai kelengkapan menjelang Aidilfitri.

“Ini adalah suatu peluang terbaik buat pembeli kerana di sini akan ada macam-macam, tanpa perlu bersusah-susah ke beberapa buah lokasi untuk beli kelengkapan. Malah, saya sendiri pun akan turut sama turun padang. Selain berniaga, dapat juga isi masa dan beramah mesra dengan peminat,” katanya. 

Ikuti sedutan temu bual bersamanya menerusi FB Live MH.

Demam ‘Hujan Duit’ nampakny akan melanda lagi sempena Raya!

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 15 May 2018

Foto: Asril Aswandi

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: