Aspek ketinggian nyata tidak menjadi penghalang buat Ratu Nebraska, Sarah Rose Summers apabila namanya diumumkan sebagai Ratu Amerika Syarikat 2018 yang sekali gus melayakkan gadis setinggi 165cm ini mewakili negara Uncle Sam itu di pertandingan Ratu Cantik Universe edisi ke-76 yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini sebentar tadi (waktu tempatan).

[GAMBAR] Ratu Nebraska Yang Hanya Setinggi 165cm Dinobatkan Sebagai Wakil USA di Miss Universe 2018!

Dengan jawapan meyakinkan, Summers berjaya mengetepikan 50 jelitawan lain. Tempat kedua dimenangi ratu North Carolina, Caelynn Miller-Keyes dan Carolina Urrea yang mewakili Nevada terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

[GAMBAR] Ratu Nebraska Yang Hanya Setinggi 165cm Dinobatkan Sebagai Wakil USA di Miss Universe 2018!

IKLAN

Sebelum diumumkan sebagai pemenang, tiga finalis terakhir itu telah diberikan soalan sama iaitu;

“Sekiranya anda menyertai sebuah perarakan dan diberi papan tanda kosong berserta pen marker, apakah yang anda akan tulis pada papan tanda tersebut?

[GAMBAR] Ratu Nebraska Yang Hanya Setinggi 165cm Dinobatkan Sebagai Wakil USA di Miss Universe 2018!

IKLAN

Lalu jawapan memberangsangkan Summers berjaya menambat hati juri, sekali gus menabalkan antara peserta terendah itu sebagai pemenang anugerah pencarian ratu cantik tahunan terbabit.

Terdahulu, gadis berusia 23 tahun itu merupakan bekas graduan Papillion-La Vista South High School sebelum mengikuti pengajian dalam jurusan Pembangunan Kanak-Kanak dan Komunikasi Strategik di Universiti Texas Christian.

IKLAN

[GAMBAR] Ratu Nebraska Yang Hanya Setinggi 165cm Dinobatkan Sebagai Wakil USA di Miss Universe 2018!

Foto: Carian Google

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI