Buat pengetahuan semua, semalam Iqram Dinzly dan sahabat baiknya Johan As’ari ada mengunjungi rumah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Melalui akaun Facebook mufti sendiri, dia berkongsi kegembiraannya apabila kedua-dua pelakon ini sudi berjumpanya dan berkongsi pelbagai cerita termasuklah beberapa isu kontroversi yang timbul.

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

Menurutnya lagi, dia amat memahami situasi yang dihadapi oleh kedua pelakon ini dan percaya pertemuan hati ke hati ini boleh merungkai beberapa kemelut yang dihadapi mereka.

“Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat. Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut. Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT,” tulisnya di Facebook.

Apa yang menyentuh hati MH, Mufti bukan sahaja memberi nasihat dan berkongsi pandangan pada kedua-dua pelakon ini, sebaliknya dia juga telah menghadiahkan sesuatu yang sungguh istimewa iaitu seekor arnab sebagai tanda ingatan serta beberapa buah buku agar Iqram dan Johan dapat memehami dan mengamalkan isi kandungannya.

Serta kopiah dan jubbah agar mereka berdua lebih semangat dan istiqomah melakukan ibadah.

IKLAN

Bagaimanapun menurut Zulkifli, dia mempunyai sebab tertentu mengapa menghadiahkan mereka berdua seekor arnab, agar mereka berdua dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang.

Aduh dalam maksudnya bila mufti hadiahkan seekor binatang bernyawa buat mereka berdua.

Tetapi melalui pemerhatian kami melalui gambar-gambar yang dikongsikan oleh mufti, Iqram dan Johan nampak sungguh ceria dan gembira bila di sana. Malah mereka turut melakukan pelbagai aktiviti bersama termasuklah menunaikan ibadah bersama.

Apapun MH harap dengan pertemuan ini Iqram dan Johan dapatlah memperbaiki diri serta kelemahan dan lebih bersemangat untuk mendekatkan diri kepada Sang Pengcipta

IKLAN

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

IKLAN

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

[GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan! [GAMBAR] Iqram Dinzly & Johan As’ari Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Mufti Wilayah Persekutuan!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI