Sudah menjadi lumrah setiap bayi mempunyai aura comel yang membuatkan ramai orang teruja dan geram melihat kecomelan mereka.
Anak kepada pelakon lelaki popular, Saharul Ridzwan juga sering mendapat pujian kerana kecomelan yang dimilikinya.
MH terlihat gambar-gambar di akaun Instagram Saharul yang kini sedang bercuti di negara matahari terbit, Jepun.
Wah nampaknya musim bercuti di kalangan selebriti masih belum berakhir sejak hujung tahun lalu. Ramai artis yang kita lihat bercuti ke luar negara kebelakangan ini.
Percutian Saharul bersama keluarga ke Jepun ini mendapat perhatian ramai netizen kerana mereka seronok melihat gambar-gambar anak Saharul, Muhammad Luth Ali yang sangat comel.
Ada juga peminat dan pengikut Saharul berkata Ali kelihatan seperti ‘baby bear’.
syazatulnordin: mcm baby bear dh si Ali comey ni
nuralyh.ahmd: Mcm ank teddy bear betul² ?
_anisadilla: Ali macam bear ??????
Oklah jom MH belanja sikit gambar-gambar Ali bercuti dengan keluarga di Jepun.
Ha amacam sama macam ‘baby bear’ ke tak? Geram betul MH tengok Ali ni rasa macam nak cubit-cubit pipi gebu dia tu!
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI