Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mungkin ramai yang mengenali pemilik nama, Emma Watson terutamanya mereka yang mengikuti filem francais ‘Harry Potter’ dan juga ‘Beauty and The Beast’.

Selain itu, Watson juga salah seorang selebriti sangat lantang menyuarakan mengenai ‘feminisim’ terhadap wanita di Hollywood.

Sebagai seorang yang sangat menjaga privasinya, dia jarang berkongsi kisah peribadinya dengan peminat apatah lagi pihak media.

Bagaimanapun, semua itu berubah apabila dia dikhabarkan sedang bercinta dengan pelakon, Chord Overstreet yang popular menerusi drama ‘Glee’, baru-baru ini.

Pasangan tersebut mula digosipkan bercinta apabila dilihat menghadiri konsert bersama-sama, Februari lalu serta kemesraan mereka semasa parti Oscar, Vanity Fair minggu lalu.

Kedua-dua mereka masih berdiam diri mengenai khabar angin tersebut namun paparazi berjaya merakamkan ‘date’ mereka dan kelihatan seperti Watson dan Overstreet seperti pasangan yang dilamun cinta.

Pada MH, pasangan tersebut memang ‘sweet’ sekali dan mungkin mereka masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain.

Apa-apapun, yang penting MH suka melihat lakonan mereka berdua, lagu yang dinyanyikan Overstreet juga best. ‘All the best’ untuk mereka berdua.

Sumber: JustJared

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: