Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan yang keempat buat pelakon cantik, Fouziah Gous dan suaminya.

Menerusi akaun Instagramnya, dia telah berkongsi kenangan manisnya sewaktu dia mula-mula sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya.

Di ruangan kapsyen perkongsiannya itu dia menyatakan, selepas bernikah dan mereka pulang ke rumah namun ketika itu dia merasakan satu perasaan kekok dan malu yang teramat sangat untuk masuk bilik tidur berdua dengan suaminya.

Fouziah Gous Malu, Kekok Ke Bilik Tidur Berdua Depan Keluarga

“21 September 2013 saya sah menjadi isteri kepada @zhafyusof .. syukur Alhamdulilah dah 4tahun kami berkongsi hidup yg penuh dengan kebahagiaan.. Tapi moment paling tak boleh lupa selepas syok ber ‘posing’ ambil gambar selepas nikah di masjid(seperti diatas?) Zhaf dan saya balik ke rumah. Masa tu walaupun bilik pengantin dah siap….. tapiiiiiii…. ya Allah hanya tuhan saje yg tahu betapa awkward nak masuk bilik berdua di hadapan family.. lama juga lah saya duduk luar ulang alik tak tahu nak buat apa?.. mengharapkan semua orang masuk bilik tidur ?. Lepas tu masuk bilik tukar baju terus keluar,nak pergi hotel jumpa ahli keluarga saya. Nak cari alasan sebab malu tahap teruk la masa tu?! yelah bercinta selepas kahwin la katakan.. unless dah bercinta setahun dua takde lah awkward dan tak tentu hala kan.. *flash back pula moment tu, takde pun plan nak type tu sebenarnya*? …

Sayang,
I don’t have to pretend to be someone else to be with you,and all these years you accepted me for who I am. Thank you and I Love ❤️ you sayang.. HAPPY 4th ANNIVERSARY @zhafyusof
#zhafou #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee,” tulis kapsyennya.

Fouziah Gous Malu, Kekok Ke Bilik Tidur Berdua Depan Keluarga

IKLAN

Rata-rata pengikutnya telah meninggalkan kata-kata doa agar hubungan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan bahagia selalu di ruangan komen.

aleezasyakirin: Happy anniversary pooja n en zhaff ❤❤❤❤❤❤ moga cinta kalian kekal hingga ke jannah….insyaallah….ameen

IKLAN

baydot79: Happy Anniversary @fouziahgous& hubby.. Moga ikatan ni berkekalan hingga ke syurga.. InsyaAllah…

azdisha: Happy Anniversary to my fav couple❤️❤️❤️ Semoga sentiasa bahagia n kekal hingga ke Jannah..

IKLAN

Fouziah Gous Malu, Kekok Ke Bilik Tidur Berdua Depan Keluarga

Pastinya setiap pasangan yang baru berkahwin akan melalui situasi ini kerana ianya sesuatu perkara yang baru untuk ditempuh dalam perkahwinan.

Tersenyum membaca kisah Fouziah ini. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga dan bahagia selalu bersama anak-anak.

Sumber: Instagram Fouziah Gous

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI