Pengacara dan penyampai radio Fizi Ali memberitahu bahawa dia bakal bertunang dengan pelakon, Shakila Khoriri pada 16 Julai depan selepas merasakan sudah tiba masanya untuk menamatkan zaman bujang.

Mengakui tidak gemar berkongsi cerita peribadi kepada umum namun sempat memberitahu Media Hiburan yang mereka sudah empat tahun bercinta.

“Saya rasa macam dah cukup lama kami bersama. Keluarga pun dah tanya bila nak kahwin,” katanya yang sudah bersedia untuk berkahwin.

Anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini juga berhasrat melangsungkan perkahwinannya selewat-lewat akhir tahun ini.

“Kalau boleh, saya memang mahu secepat mungkin. Benda baik elok dipercepatkan.

“Lagipun, orang berkata, dugaan orang bertunang lebih hebat daripada bercinta,” katanya sambil tertawa.

Fizi Ali, Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai

IKLAN

Walaupun bermula sebagai pelakon, Fizi Ali kini lebih selesa sebagai pengacara dan penyampai radio.

Selebriti berusia 27 tahun ini ini juga sanggup menolak tawaran berlakon filem kerana mahu lebih fokus pada kariernya sebagai penyampai radio di Suria FM.

“Lagipun jadual tak berapa sesuai. Lebih baik saya buat apa yang mampu dulu. Penyampai radio ni adalah passion saya,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran Suria Segalanya Lebih Bermakna, baru-baru ini.

Tidak ralat, pemilik nama sebenar Muhd Hafizudin Alimudin sebaliknya berhasrat mempelajari selok-belok bidang penyiaran radio.

IKLAN

Fizi Ali, Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai

Fizi juga menyedari terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari terutamanya daripada seniornya seperti Halim Othman, DJ Lin, Tyzo dan Bob Ringgo.

IKLAN

Sebelum ini, Fizi adalah penyampai radio di Ultra FM selama dua tahun sebelum stesen itu ditutup pada 2015.

Dalam perkembangan lain, Fizi juga terbabit sama dalam pengisian khas sempena Ramadan Raya oleh Suria FM yang bertemakan Segalanya Lebih Bermakna.

“Saya berlakon dalam drama bersiri, Kuih War serta penghasilan lagu dan klip video, Segalanya lebih Bermakna. Sekurang-kurangnya dapat juga mengubat rindu berlakon,” katanya.

Oleh: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI