Select Page

Artis wanita, Fiza Halim yang merupakan bekas isteri kepada penyanyi lelaki yang lahir daripada program realiti TV, Adam AF2 kini dikatakan sudah berkahwin lagi.

Baru-baru ini tular di laman sosial tentang Fiza sudah berkahwin lagi apabila tersebarnya gambar dirinya bersama seorang lelaki kelihatan begitu mesra menyambut hari raya.

Gambar itu sebenarnya dikongsikan sendiri oleh Fiza di akaun instagramnya beberapa hari yang lalu namun tidak pula dia memberitahu di akaun instagramnya bahawa lelaki itu adalah suaminya.

Beralih pula ke akaun instagram lelaki yang dikatakan suami baru kepada Fiza pula, ternyata dia sememangnya suami kepada Fiza apabila terdapat gambar yang dikongsi olehnya terdapat hashtag ‘#tqmywife’.

“Last part yang paling win..tq to u love @fizahalimofficial for always being there for me..especially during this raya..first year raya yang sungguh bermakna buat i..tq to u for being part of my life..
Credit to our Mrs photographer : Marr
#part5 #salamraya #rayayangsempurna #tqmywife #❤️u #teamrayakl #raya2017 #raya2017 #posetime #aaj,” tulis kapsyen suami kepada Fiza.


Patutlah gambar mereka berdua kelihatan begitu mesra sahaja. Kami di MH Online juga turut teruja melihat kemesraan mereka berdua dan mendoakan ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan sehingga ke jannah.

Sumber: Instagram Fiza Halim & Aljefri87

Baca Ini Juga

Tinggalkan Komen

error: