Terkejut dan kelu kami dibuatnya apabila melihat sebuah video yang telah di muat naik di Instagram milik pelakon terkenal Zarina Zainuddin.

MH Online tertanya-tanya apakah yang terjadi sehinggakan anaknya bertindak sebegitu. Setelah menonton ketiga-tiga video yang telah di muat naik barulah kami faham apa yang terjadi.

Anak kepada pelakon yang semakin giat menguruskan perniagaan pulut kuningnya ini mengamuk atas beberapa sebab.

Apa yang menyedihkan lagi apabila mendengar esakkan ibu yang cuba mengawal kemarahan anaknya itu.

 

Azal stress ubat ibu hilang.. ? #part1 #autism Saya sedih pagi ni.. ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Tetapi jangan salah faham. Anak terunanya itu tidaklah mengamuk sebarangan.

IKLAN

Sebenarnya Azal atau nama sebenarnya Raizal Azrai ini terlalu bimbang dan tertekan kerana risaukan kesihatan ibunya.

 

#part2 #autism Azal anak ibu.. Anak yang baik dia risau ubat ibu hilang.. Ibu shooting pagoni tonsil bengkak.. Suara..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

#part3❤️ #autism #autismawareness Anak ini tidak akan berpisah dari saya..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

IKLAN

Jika didengari video tersebut, Azal kerap mengulangi kata seperti “fikirlah ibu, fikir buat sesuatu ibu” apabila mengetahui ibunya itu tertinggal ubatnya di set pengambaran.

“Fikirlah ibu, fikir buat sesuatu ibu,” Keluh Anak Zarina Zainuddin

Tidak mahir mengawal perasaan kerana faktor kesihatan, Azal juga bertindak ganas dengan cuba memukul diri sendiri.
Namun, apabila mendengar luahan ibunya dalam nada yang sedih, Azal kelihatan tenang sedikit dan meminta ibunya fikirkan jalan penyelesaian.

IKLAN

Walaupun tidak berapa jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh Azal, Zarina sebagai ibunya tidak mengalah untuk memujuk anaknya itu untuk terus bertenang dan lupakan apa yang difikirkannya.

Video ini bukanlah kali pertaman pelakon ini bertindak seperti ini. Sudah beberapa kali juga dia bertindak agak ganas seperti ini.

“Fikirlah ibu, fikir buat sesuatu ibu,” Keluh Anak Zarina Zainuddin

Tindakkannya memarahi ibunya mendapat perhatian ramai pengguna sosial media dan masaing-masing mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Kami puji kesabaran Zarina membesarkan kedua-dua anak yang menghidapi masalah Autisme.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI