Aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin, 33, atau lebih dikenali Nur Fazura mendedahkan dia bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.

Siapa sangka, vocalnya digilai ramai dan penyanyi lagu Bisa Apa ini telah membuktikan kesungguhannya dalam bidang seni apabila akan melancarkan single duet bersama penyanyi antarabangsa.

Bagaimanapun, dia terpaksa merahsiakan terlebih dahulu siapakah artis yang bakal bergandingan dengannya.

Tambah Fazura, dia mengakui teruja diberi peluang untuk menjayakan projek tersebut.

“Alhamdulillah saya diberi pelung untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.

 

“Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama dengannya,” katanya.

Dalam pada itu, kemungkinan pada November depan dijangka lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album sulungnya.

IKLAN

Fazura sebelum ini telah melebarkan sayapnya di Indonesia dalam dunia nyanyian menerusi duet terbaharu bersama seorang penyanyi seberang, Ridho Rhoma menerusi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika

Selain itu, Fazura juga pernah berkolaborasi dengan Jason Dy dari Filipina lagu berjudul Nothing Like Pag-ibig. 

Terdahulu, hasil gandingannya bersama aktor pujaan ramai, Fattah Amin berjaya mengetepikan lagu nyanyian artis antarabangsa seperti Despacito nyanyian Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber di carta jualan digital iTunes.

IKLAN

Selain itu, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini juga pernah berkolaborasi dengan kumpulan Estranged menerusi lagu Hancur yang mendapat tontonan di You Tube sebanyak 11 Million.

Kini, kita lihat ramai selebriti tempatan yang boleh membanggakan apabila dapat berduet dengan artis antarabangsa popular dan mendapat tempat di hati peminat.

IKLAN

Syabas diucapkan kepda Fazura, tidak hanya pencapaian besar dalam kerjaya seni lakonan, malah berjaya dalam bidang seni suara.

Sumber : mstar online

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI