Seperti yang semua tahu tidak lama lagi Fattah Amin akan muncul dalam sebuah drama realiti televisyen The House musim ke-4 bersama pelakon baru yang namanya kian naik iaitu Alvin Chong.

Dengan mengekalkan konsep ‘ bromance’ Fattah dan Alvin ditinggalkan di sebuah tempat yang terputus hubungan dengan ‘dunia luar’.

Di sana, mereka perlu menyelesaikan beberapa aktiviti serta cabaran yang telah ditetapkan.

‘Fattah Nampak Lonely, Tak Ramai Kawan’ – Alvin Chong

IKLAN

Jika sebelum ini Alvin pernah berkongsi kebimbangannya untuk tidur sekatil bersama Fattah melalui sebuah siaran akhbar, bersama MH Online Alvin berkongsi pula perangai sebenar Fattah Amin yang mungkin ramai tidak tahu.

“Jika di luar Fattah adalah seorang yang suka control macho, cakap pun slow and steady tetapi bila waktu shooting saya dapat tahu rupanya dia ada sifat kebudak-budakkan. Malah adakalanya dia kelihatan agak lonely seperti tidak ramai kawan, mungkin susah nak berkawan dengan orang sebab mungkin pengalaman pernah dikhianati oleh rakan sendiri jadi dia mengambil langkah berjaga-jaga.

 

“Thank god, he called me as one of his best friend. Saya tahu bukan senang nak berkawan tetapi apa yang boleh saya katakan selepas The House musim ke-4 he one of my good friend.

 

“We can talk about our personal life dan benda yang kita pernah lalui. Malah dia juga turut memberi tip dan tunjuk ajar memandangkan tidak lama lagi saya akan memegang watak yang berat dalam sebuah drama tayangan Astro dan saya akui ada masa perlukan moral support daripada seorang kawan seperti dia,” jelasnya kepada MH Online.

‘Fattah Nampak Lonely, Tak Ramai Kawan’ – Alvin Chong

IKLAN

Malah Alvin juga akui Fattah mempunyai sikap pemalu yang agak tinggi dan pendiam sehingga adakalanya membuatkan dia bimbang sama ada Fattah selesa bersamanya atau tidak.

“Yes mungkin ramai tidak tahu, Fattah memang seorang pemalu dan susah nak keluarkan apa yang dia rasakan tetapi untuk memastikan kami terus bercakap dalam program tersebut saya sering mengingatkan dia supaya untuk terus berkomunikasi dan sekiranya ada situasi yang menyebabkan dia tidak selesa berterus terang sahaja dan jangan simpan sendiri,” jelasnya lagi.

Alvin turut memberitahu, sepanjang sembilan hari sewaktu pengambaran, dia sendiri tidak menyangka rupanya masih banyak perkara yang dia masih tidak tahu atau mengenali Fattah.

IKLAN

‘Fattah Nampak Lonely, Tak Ramai Kawan’ – Alvin Chong

Namun selepas tinggal bersama tanpa sebarang gangguan akhirnya dia dapat mengenali Fattah sedalam-dalamnya dan baru menyedari punyai banyak persamaan dengan pelakon kacak ini.

“Banyak benda yang saya tidak tahu pasal dia dan apabila dapat peluang duduk bersama, baru saya tahu rupanya kami ada banyak persamaan, background dan experience.

 

“Kami sempat berkongsi momen apabila pernah dijatuhkan oleh peminat sendiri, kecaman netizen dan dikhianati oleh rakan serta managment sendiri,” jelasnya.

MH Online harap program realiti tv ini akan mendapat sambutan dan semoga kedua-dua selebriti ini semakan sukses dalam dunia hiburan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI