Alhamdulillah, setelah segala spekulasi dan persoalan mengenai status sebenar hubungan di antara selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura terjawab. 

Pasangan sama cantik sama padan ini akhirnya telah melakukan sidang media khas bagi menjelaskan kedudukan sebenar apakah yang berlaku di sebalik pelbagai spekulasi yang bertebaran sebelum mereka berangkat ke tanah suci Mekah, bagi menunaikan umrah pada 15 November lalu.

Di dalam sidang media yang dilangsungkan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang itu, Fattah, 27, dan Fazura, 34 tampil mengesahkan mereka telah mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di rumah pelakon wanita itu dan bukan bernikah seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Fattah, Fazura Umum Nikah Dalam Masa Terdekat, Sanding Tahun Depan

IKLAN

“Alhamdulillah, 13 November lalu, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan kami bertunang.

 

“Saya dah Fazura memang merancang untuk bertunang sebelum menunaikan umrah lagi. Bagaimanapun, kami belum lagi bernikah seperti yang diperkatakan,” kata Fattah menjelaskan kedudukan sebenar. 

Tambah Fattah, mereka juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain seperti mendaftar kursus nikah dan sebagainya.

“Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin misalnya. Sejujurnya, kami sudah rancang untuk mahu berkongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul,” luah hero drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini lagi.

Pada masa sama, mereka turut menafikan pada 14 Disember lalu ada majlis pernikahan seperti yang dihebohkan ramai.

IKLAN

Fattah, Fazura Umum Nikah Dalam Masa Terdekat, Sanding Tahun Depan

IKLAN

“Pada 14 Disember lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah. Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai,” kongsinya.

Sementara itu, Fattah dan Fazura merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam tempoh terdekat dan dua majlis resepsi pula akan dilangsungkan tahun hadapan.

Sebelum ini, kecoh khabar angin mengatakan mereka berdua memilih tarikh 13 November 2017 lalu untuk bertunang dan ‪pada malam 14 Disember‬ lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kononnya Fattah dan Fazura telah bernikah dalam satu majlis tertutup di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya.

Teks Oleh: Rafiq Mazlan
Foto: Izari Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI