Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sejak drama Hero Seorang Cinderella ditayangkan di televisyen beberapa bulan lalu, ramai yang mengaitkan nama hero drama itu, Fattah Amin dengan heroinnya, Fazura.

Ada kontroversi yang mengatakan mereka ini bercinta namun begitu Fattah pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka hanya sekadar berkawan.

Spekulasi ini terjadi mungkin kerana netizen melihat kemesraan di antara mereka sejak drama tersebut ditayangkan dan lebih menguatkan apabila mereka juga pernah berbalas kiriman bunga di hari jadi masing-masing.

Paling terbaru ada ura-ura yang memberitahu Fattah bakal menunaikan umrah bersama Fazura pada 15 November ini.

Memetik dari satu sumber, Fattah hanya berkongsi akan mengerjakan umrah bersama keluarganya namun tidak menjawab spekulasi adakah Fazura juga akan turut serta.

“Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri.

 

“Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan umrah pun saya banyak menyerahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah,” katanya.

Baru-baru ini juga ada kontroversi yang mengatakan dua selebriti popular ini bakal mengikat tali pertunangan.

Namun sehingga kini kisah pertunagan itu tergantung begitu sahaja kerana tiada pihak yang berani mengesahkan apa yang terjadi.

Nampaknya Fattah enggan mengulas lanjut tentang kontroversi itu malah dia hanya berkata doakan yang baik-baik sahaja.

“Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas.

Ok lah, Fattah pun dah minta doakan yang baik-baik untuk diri dia, jadi kita doakanlah yang terbaik buat pelakon popular ini ya.

Sumber: Astro Gempak

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "